AHLI PAS DIMINTA BERTENANG DAN TUNGGU ARAHAN RASMI


Semua ahli Pas diminta bertenang dalam menghadapi ujian yang begitu mencabar dalam kepimpinan Pas. Semua ini hendak menguji kematangan pemimpin untuk menguruskan krisis .

InsyaAllah Pas yang mempunyai bahtera yang kuat dan kukuh mampu untuk menghadapi kesemuanya ini. Kalau Umno/BN yang mempunyai bala tentera dan kewangan dariapda qarun-qarun yang ada di atas muka bumi ini pun kita mampu hadapi. Maka sudah barang pastilah masalah yang berlaku pada hari ini InsyaAllah dapat diatasi dengan baik dan elok.

Saya yakin bahawa ahli pas yang matang dalam sepak terajang politik akan merasa tenang apabila kita tahu kekuatan yang ada pada Pas dan organisasinya. Kerana Pas adalah milik kita semua. Ia tidak boleh dimonopoli oleh sesiapa pun. Pas ada peraturan dan perlembagaan yang kemas dan teratur.

Iltizam kita ialah bersama dengan Pakatan Rakyat dan berhadapan dengan Umno/BN dalam apa suasana sekalipun.

Media cuba memainkan isu bahawa Pas hendak mewujudkan perpaduan Melayu. Secara tidak langsung mereka cuba melontarkan fitnah bahawa Pas hendak meninggalkan Pakatan Rakyat. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Setiausaha Agung pada 17/6/2009 telah menjelaskan kekeliruan ini.

Kerajaan Perpaduan hanyalah lontaran idea sahaja daripada Presiden . Sebarang keputusan dan polisi parti yang hendak dibuat dalam parti ia akan dibincang terlebih dahulu dalam parti. InsyaAllah segala keputusan yang diputuskan, akan kita sampai kepada semua pihak di peringkat akar umbi melalui majlis taklimat khas. Yakinlah firman Allah SWT”Hendaklah kamu bermesyuarat dalam urusan kamu”. Dan Sabda Rasulullah SAW “Berjamaah itu rahmat”

Oleh itu kita boleh berbincang untuk mendapat maklumat melalui mesyuarat, muzakarah, usrah, liqa. Inilah mekanisme parti yang paling baik untuk kita menyuarakan masalah dan kritikan kepada parti. Sekarang zaman canggih maka boleh kita hubungi pimpinan untuk mendapat penjelasan.

Segala keputusan politik yang Pas buat selama ini semuanya bersandarkan kepada nas syara’ dan fiqh siasi. Kita bertahlalluf dengan parti bukan Islam dan ideologi yang berbeza, semuanya merujuk kepada nas syarak. Bukan senang hendak meyakinkan ahli bagaimana kita dibenarkan mengundi calon bukan Islam yang bertanding atas tiket parti yang bertahalluf dengan kita.

Semua ahli Pas perlu berhati-hati dalam menghadapi isu ini, kerana musuh sentiasa memasang perangkap untuk menjayakan misi mereka bagi memecah belahkan di kalangan ahli dan pimpinan.

Dapatkan maklumat rasmi daripada akbar rasmi harakah, harakah daily dan siasah. Supaya tidak menimbulkan kekeliruan.

Tunggu dan sabar penjelasan rasmi daripada pimpinan dalam isu ini. Rapatkan saf jamaah supaya syaitan tidak menyusup masuk ke dalam parti kita.

Advertisements

4 comments on “AHLI PAS DIMINTA BERTENANG DAN TUNGGU ARAHAN RASMI

  1. Ustaz, Ustaz,
    Ni baru tulisan Ustaz yang pertama sejak jadi Ketua Penerangan yang membawa mesej penerangan. Akhirnya….. 5 tulisan yang akhir sebelum ni dan begitu banyak sebelum tu Ustaz balik-balik hentam UMNO/BN. Tak da input pasal apa itu Islam, apa itu PAS, apa PAS nak buat.

    Artikel tentang Islam yang Ustaz tulis pun cukup punya panjang berjela-jela dalam bahasa yang cukup tinggi tak terbaca dek ramai pelawat, macam cut and paste dari kitab mana-mana.

    Ustaz,
    Saya minta Ustaz, terutama dah jadi Ketua Penerangan Pusat, Ustaz kena ubah cara penulisan dan jadi seorang pendakwah Islam dan salurkan pemikiran PAS kepada masyarakat. Bukan lagi duduk dalam minda pembangkang. Asyik-asyik bantai UMNO. UMNO tu memanga dah nazak, apa lagi nak ingatkan rakyat membencinya. Mari bawa orang sayang kepada Islam dan PAS pula, ok.

  2. pakat-pakat tolong baca kenyataan Dato’ Harussani dalam Majalah @ blog Milenia Malaysia ( dia kata TGNA sokong Pas bergabung dengan Umno untuk menubuhkan kerajaan Perak dan tolong saman ) siapakah pula yang Ustaz Ahmad Awang maksudkan dalam ucapannya dimukatamar baru ini , mungkinkah….TG..???

  3. salam ziarah, tahniah blog yang sangat bermanfaat..
    ana ingin membantu ustaz didalam mencari sumber rujukan ilmiah..
    kini perpustakaan hanya dihujung jari.. kami sediakan untuk ustaz ..
    ustaz mampu memilikinya.. untuk keterangan lanjut sila lawati blog ana..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s