BETULKAH HAPUS KUOTA BUMIPUTERA PELABUR DATANG


30hb Jun 2009,  Dato’ Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah umumkan  bahawa kerajaan akan hapuskan 30% kuota wajib bumiputera kepada syarikat asing yang  hendak melabur untuk tawaran awal permulaan (IPO). Kononnya kerana dasar inilah pelabur asing  tidak datang ke negara ini.

Persoalannya  adakah kerana dasar ini menyebabkan pelabur tidak datang? Sama juga andaian Tun Dr Mahathir Umno akan kuat kalau Pak Lah letak jawatan dan berikan kepada Najib. Apa yang berlaku Umno lemah bukan faktor Pak lah, tetapi faktor Umno dan orang yang memimpin Umno itu sendiri.Di sana ada faktor-faktor lain kenapa pelabur tidak mahu datang ke negara ini antaranya ialah:

  • Pihak kerajaan BN kena suluh ke dalam dahulu kenapa  pelabur tidak datang ke negara ini. Mana-mana pelabur dia hendak melabur, dia akan buat kajian dulu apakah pelaburan mereka selamat dan menguntungkan.
  • Mungkin kerana mereka tidak mahu melabur kerana suasana politik tidak stabil, terutamanya pencabulan undang-undang seperti yang berlaku di Perak. Apabila mereka melihat bagaimana perlembagaan Perak dicabul, maka apa pula jaminan pelaburan mereka akan selamat dan perjanjian yang dibuat terpakai. Lebih-lebih lagi yang mengepalainya pencabulan ini ialah Perdana Menterinya sekarang.
  • Video klip V.K Linggam satu bukti lagi, mereka ketahui bagaimana hakim-hakim yang boleh diatur dan boleh dibeli. Apakah mereka sanggup  datang ke negera ini dalam keadaan undang-undang yang dicabul dan tidak  terjamin keadilannya.
  • Masalah rasuah sampai sekarang tidak dapat diatasi. Indeks rasuah semakin teruk, walaupun BPR sudah  ditukar nama SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah). Masih  berlaku ialah ikan bilis yang tangkap, ikan jerung masih terlepas. Mereka yang ditangkap ialah Pegawai kerajaan jerung politik terlepas.
  • Tragedi yang berlaku dalam Umno adalah paparan sebenar indeks rasuah yang tidak selesai sampai hari ini.  Macama mana Khairi yang didapati bersalah kerana rasuah boleh bertanding.  Manakala Ali Rostam bersalah  tidak boleh bertanding dan dilantik  pula menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Melaka. Inilah yang pelik tapi benar.

Sebenarnya pelabur tidak datang kerana pemimpin Umno/Bn yang memerintah terkenal di luar negara sebagai naga besar.

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s