MANSUH PPSMI : KEMENANGAN RAKYAT


Satu kemenangan untuk  rakyat apabila PPSMI dimansuhkan bermula tahun 2012. Demikian diumumkan oleh Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin, susulan keputusan mingguan jemaah menteri pagi ini. Beliau membuat pengumuman jam 2.30 petang 8hb Julai 2009 di kementeriannya di Putrajaya.

Di sekolah kebangsaan, bahasa Melayu akan menggantikan bahasa Inggeris untuk mengajar Sains dan Matematik, sementara sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil akan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.

Pemansuhan itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat sehingga semua pelajar yang terlibat dengan dasar itu tamat peringkat masing-masing.

Rumusan boleh diambil daripada keputusan ini,

1. Menunjukkkan bahawa pentingnya rakyat mesti bersatu.

2. Pas telah mendahului dalam menentang dasar ini sehingga menyaman kementerian pelajaran.

Dalam Muktamar Pas pada 5hb Jun 2009 telah menganugerahkan tokoh bahasa kepada Dato’ Samad Said, Dr Hassan Ahmad dan Prof Dr. Abdullah Hassan. Menunjukkan bahawa Pas serius dalam isu ini.

3. Menunjukkan  bahawa Umno adalah pengkhianat bangsa dan bahasa sendiri.

4. Penglibatan golongan sasterawan yang berani seperti Dato’ Samad Said dan Dato’ Dr Hasan Ahmad adalah penyumbang besar kejayaan ini.

5. Keberanian Prof Dr Abdullah Hassan, Prof Dr Shahrir Mohd Zin, Prof Nik Sapiah Karim adalah penyumbang besar kepada kejayaan rakyat. Semangat mereka perlu dicontohi oleh mereka yang berada di menara gading. Jangan kita ada ijazah berjela-jela tetapi mempunyai semangat kerdil.

6.Tahniah juga kepada semua rakyat yang telah menjayakan himpunan 100 ribu rakyat untuk mansukh PPSMI pada 7 Mac 2009. Sehingga terpaksa menelan gas pemedih mata dan dibelasah oleh FRU.

Advertisements

5 comments on “MANSUH PPSMI : KEMENANGAN RAKYAT

  1. salam,

    sungguh terperinci analisa tuan. tahniah. walaubagaimanapun, saya merasakan bahawa dengan pemansukhan ini, akan timbulnya jarak yang lebih besar, kerenggangan antara kaum-kaum di Malaysia. (semua bangsa menggunakan bahasa ibunda masing-masing, dan bukan bahasa malaysia jikalau betul inginkan SatuMalaysia)

    pelaksanaan sesuatu dasar memerlukan masa yang panjang sebelum hasilnya dapat dilihat. dasar ini boleh dikatakan sebagai pra-matang dan sudah tentu dalam masa 6tahun masih banyak yang belum dicapai.

    kos pembaikan sudah menelan lebih banyak belanja -buku-buku teks baru yang tidak akan diguna lagi dan sebagainya. lebih baik sekiranya wang tersebut disalurkan untuk menambahbaik apa yang perlu pada dasar yang sedia ada tersebut. sekarang malaysia tidak mempunyai tenaga penterjemah yang mencukupi. lebih baik sahaja menggunakan rujukan dari bahasa asal yang banyak didapati dalam bahasa inggeris.

    memang betul rakyat merangkumi majoriti negara, namun begitu tidak semestinya rakyat tahu apa yang terbaik buat diri mereka. tidak kisahlah pemimpin tersebut dari parti mana. yang menjadi taruhan ketika ini adalah masa depan anak-anak kita. generasi akan datang yang akan menanggung sikap acuh tak acuh pemimpin. bagi saya, semua pemimpin adalah sama waima dari parti yang berbeza-beza sekalipun.

    Dato’ A. Samad Said memang merupakan sasterawan negara yang disegani. namun, dalam hal ini, saya tidak memilih untuk berpihak padanya. saya merasakan seperti beliau terlalu terbawa-bawa dengan emosi beliau sebagai sasterawan yang karyanya berbahasa melayu.

    tidak mahukah kita melihat anak-anak bisa bertutur bahasa inggeris dan berjaya di peringkat antarabangsa? mengapa perlu menghadkan potensi mereka kepada apa yang sedia ada. sikap takut mengambil risiko ini memang tidak sepatutnya ada pada seorang yang bergelar pemimpin, PAS mahupun UMNO (ini bukan solanya).

    disebabkan keputusan sudah pun dibuat, tiada apa lagi yang dapat dilakukan melainkan menjadikan keputusan ini keputusan yang terbaik dan melaksanakan ia dengan cemerlang. walaupun jauh dilubuk hati saya saya berasa teramat sedih dan kecewa kerana masih ada orang seperti tuan yang berfikiran kolot (ilmu tiada hadnya, dan bahasa merupakan aspek terpenting dalam pendidikan), saya hanya boleh meninggalkan komen ini agar tuan dapat berfikir sejenak tentang objektif sebenar tuan mengapa terlalu menentang dasar ini. adakah betul-betul kerana tuan menitik beratkan pendidikan generasi muda di malaysia, ataupun kerana perjuangan peribadi tuan.

    terima kasih.

    • Assalamualaikum Cikgu Izza,

      Kalau belajar sains dan matematik dalam bahasa melayu pun boleh pergi sampai ke peringkat dunia juga asalkan pembelajaran Bahasa Inggeris dilakukan dengan betul.

      I’m one of the students for the KBSR pilot project and we were never taught on grammar during our English language class at schools.

      Till today my English grammar is all over the place..

      So moral of the story nyer..setakat belajar matematik dan science dalam bahasa inggeris tuh tak akan improve pun English pelajar2…

    • salam cik gu Izza,
      telebih dahulu saya ingin mengucapkan tahnia kepada kerajaan 1 malaysia yang peka kepada isu ppsmi kerana berseteju memansuhkannya akan tetapi kenapa lewat sangat apakah mereka ada agenda lain yang berselindung disebaliknya..tapi yg menyedihkan anak melaya seperti cik izza ini mempunyai masalah jiwa yg tidak tenteram apabila rakyat rata-rata gembira dengan berita ini beliau berfikiran agak nagetif dan begitu pasif, sya merasakan cik izza eloklah membuka minda tu dan berpandangan jauh sedikit..pernah kejepun tak, sekolah dijepun mengajar semua matapelajaran dalam bahasa ibunda mereka, kenapa jepun boleh maju dan dikenali seluruh dunia begitu juga negara cina negara mereka juga maju dan terkenal..dan banyak lagi negara didunia yang mengunakan bahasa ibunda mereka negera dan rakyat mereka berjaya,kenapa apabila negara kita ingin mengunakan bahasa ibunda, saudara sebagai orang melayu bersikap negetif …saya rasa cik gu Izza bukalah minda saudara demi anak bangsa dan negara.

  2. Salam Ustaz ana di lantik sebagai ketua Unit Kurikulum dan latihan Jabatan Amal Pusat. sebagai Murabbi ana, Bagi panduan untuk ana Ustaz.. ana nak cuba kembalikan Sistem Tamrin dalam Unit amal bagi panduan pada ana Ustaz..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s