JUMPA BARAK ZAHID BIADAB


JUMPA EHUD BARAK :ZAHID BIADAB DENGAN UMAT  ISLAM

Pas mengecam tindakan Menteri Pertahanan Malaysia yang  berjumpa  dengan Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semasa Pertunjukan Udara Paris di Perancis Jun lepas (NST 19 Julai 2009). Pertemuan yang berlangsung selama 35 minit dengan Barak  adalah satu pertemuan yang mengguriskan perasaan umat Islam di Palestin dan saudara seagama di Asia Barat.

Persoalannya adakah kerajaan Malaysia sudah mengiktiraf kerajaan haram ini. Zahid mesti disiasat kenapa beliau berani berbuat demikian. Paling merbahaya beliau ialah Menteri Pertahanan yang sanggup berjumpa dengan manusia yang saban hari menyembelih umat Islam di Palestin. Siapakah Zahid yang hendak berlagak hendak tunjuk hero kepada dunia untuk  berbincang dengan Israel. Seperti sedia maklum bahawa pemimpin Israel bukan bangsa  boleh berbincang. Israel hanya faham dengan bahasa jihad sahaja. Buktinya berapa banyak perundingan mengenai  masalah Palestin terutamanya, telah gagal kerana dikhianati oleh Israel.  Tentu kita masih ingat Dr Mahathir  sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri dahulupun menafikan pertemuan dengan pemimpin Israel kerana takut umat Islam marah. Sudah pasti  pertemuan ini medapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib, ini satu lagi hadiah 1Malaysia pada rakyat.

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

2 comments on “JUMPA BARAK ZAHID BIADAB

  1. CERAMAH PERDANA :
    (ISU-ISU PANAS)

    24 JULAI 2009
    (JUMAAT 9.30 MLM)

    DI DATARAN MARKAS PAS
    PEKAN BUKIT GANTANG

    PENCERAMAH :
    YAB DS IR NIZAR JAMALUDIN
    US. IDRIS AHMAD

    SEMUA DIJEMPUT HADIR

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s