KONGSI GELAP TAJA YB, POLIS MESTI SIASAT


Seorang penganalisis jenayah Kamal Affandi  mendedahkan  tidak menolak kemungkinan terdapat segelintir wakil rakyat ditaja oleh kumpulan-kumpulan kongsi gelap tertentu untuk menghalalkan kegiatan haram di kawasan mereka (UM 29/7/09)

Hasil analisis dan pemerhatian pihaknya mendapati, banyak kegiatan haram antaranya pusat judi, hiburan, spa dan pelacuran tumbuh di kawasan terlibat selepas wakil rakyat berkenaan memenangi pilihan raya.

Menurut Kamal Affandi Hashim, tindakan wakil rakyat itu yang menghalalkan kegiatan haram di kawasannya dianggap sebagai membalas jasa golongan berkenaan.

Polis dan pihak berkuasa perlu siasat dan bertindak segera. Kenapa penganalisa jenayah Kamal Affandi Hashim  boleh mendapat maklumat seperti ini. Kenapa pihak polis terutamanya boleh mendiamkan diri sehingga perkara ditil seperti ini diketahui oleh penanalisa jenayah  yang tidak mempunyai kuasa seperti pihak polis. Apakah pihak polis tidak buat kerja. Tuduhan yang dibuat pula membabitkan wakil rakyat. Ini satu tuduhan yang berat dan Kamal Affandi mesti berani mendedahkan identiti wakil rakyat supaya dapat dibawa kemuka pengadilan. Kita tidak mahu wakil rakyat  telah menjadi wakil kongsi gelap. Bimbang satu hari nanti negara kita  diperintah oleh mafia. Jika individu ini  tidak diambil tindakan ia akan memburukkan imej semua wakil rakyat yang tidak berdosa. Wakil rakyat ialah mereka yang membuat undang-undang di dewan negeri atau parlimen.

Sesuai dengan keputusan  persidangan meja bulat yang dibuat di parlimen anjuran pejabat ketua pembangkang 28/7/2009 yang telah mendesak supaya Tan Sri Musa Hasan jangan disambung kontrak sebagai ketua polis negara kerana gagal membenteraskan masalah jenayah. Kalau benarlah laporan yang dibuat oleh Kamal Affandi maka layaklah Tan Sri Musa tidak disambung perkhidmatan kerana gagal membenteraskan jenayah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s