PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Adun Permatang Pasir


Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

Parti Islam Se Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham YB. Dato’ Mohd Hamdan Abd Rahman, ADUN N.11 PAS Permatang Pasir yang disahkan meninggal dunia kerana sakit jantung di Institut Jantung Negara malam tadi.

Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar buat PAS dan beliau merupakan aset penting bagi PAS yang akan sentiasa dikenang selepas ini.

Beliau yang baru sahaja menerima anugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Dato’ pada 11 Julai lalu dari Kerajaan pulau Pinang merupakan ADUN Permatang pasir tiga penggal iaitu sejak tahun 1999 hingga sekarang. Beliau juga sebelumnya adalah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang hingga tahun 2003.

Sebelum menjadi ahli politik sepenuh masa, beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Bahasa di Maktab Sultan Abdul Hamid, Kedah dari tahun 1965 – 1966, kemudian berkhidmat sebagai Pegawai Pentadbir dalam Kerajaan Negeri Kedah mulai tahun 1966 sehingga 1977 dan jawatan terakhir beliau dalam Kerajaan adalah sebagai Pegawai Pentadbir di Jabatan Kastam dan Eksais Di Raja Malaysia dari tahun 1977 sehingga 1983.

Beliau telah meninggalkan seorang Balu dan 6 orang anak sebagai penyambung warisan perjuangan beliau. Diharapkan kegigihan dan kerja kuat beliau untuk Islam, rakyat dan PAS menjadi contoh ikutan ahli-ahli PAS yang lain.

Marilah kita sama-sama berdoa moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau, dan menempatkannya dikalangan orang-orang yang soleh berkat amal jariahnya sepanjang kehidupan beliau. InsyaAllah PAS bersedia untuk mengekalkan warisan legasi kepimpinan beliau di DUN Permatang Pasir dalam tempoh terdekat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “PAS Ucap Takziah Kepada Keluarga Adun Permatang Pasir

  1. Al Fatihah, semoga rohnya ditempatkan bersama orang bertaqwa.

    Dalam PRK nanti boleh kot letak bang Mat Sabu jadi calon, dia dok asyik kena jadi calon kat luar saja. Bagi dia di PP pulak.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s