PESERTA DEMO MANSUH ISA DIUPAH


Demo hapuskan ISA dapat upah daripada pihak-pihak tertentu kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Mungkin Rais Yatim fikir di belakang penganjur demo ialah taukeh judi dan perasuah politik. Untuk pengetahuan Rais Yatim, peserta demo ini bukanlah anak yatim yang merempat sehingga hilang jati diri.  Walaupun kami miskin harta tetapi kami kaya semangat. Kami bukan rakyat yang lidah bercabang, tidak mempunyai pendirian politik. Kami tidak pernah  membakar jambatan sebagai ikrar tidak akan kembali  kepada umno. Kami pejuang tulin, kezaliman akan kami lawan tanpa diupah. Kezaliman wajib dilawan, orang bacul tidak masuk syurga.

Kami tidak ada kontraktor yang membina stadium Sultan Mizan Terengganu yang runtuh, kami  tidak dibantu oleh pengkhianat wang PPRT RM32juta  dan kami tidak ada kontraktor yang membina MRR2 yang runtuh. Peserta demo datang dengan semangat dan wang sendiri. Mereka simpan wang menoreh getah dan hasil tangkapan ikan semata-mata untuk menentang akta ISA yang zalim. Mereka tahu bahawa ISA tidak kenal darjat, hatta penjual di pasar malam pun boleh ditangkap ISA.  Rais Yatiim kamu ini seorang berkelulusan undang-undang, sepatutnya bercakap biarlah dengan fakta, kalau kualiti orang yang berkelulusan undang-undang menjadi loyer dalam satu kes yang hendak dibela dalam mahkamah memang daripada awal pagi sudah kalah, kerana memilih peguam yang tidak ada cerdik.

Kita tahu bahawa Rais Yatim menuduh mereka yang datang ke perhimpunan aman menentang ISA mendapat upah kerana bimbang kuasa bn akan jatuh tidak berapa lama lagi. Beliau merasa malu kerana penyokong umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurang-nya nasi bungkus.Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang  memang seperti ayam daging. Kalau tidak diberi upah jangan harap untuk datang. Kami rakyat yang berjiwa PERKASA bukan PEKASAM

Advertisements

3 comments on “PESERTA DEMO MANSUH ISA DIUPAH

  1. Salam tuan,
    Bila PAS nak mulakan perbincangan untuk menutup kilang Carlsberg di Shah Alam dan kilang Guiness di Sg Way?
    Bukankah kedua landscape ini mengaibkan pandangan mata.

    Barakallah

  2. Beliau merasa malu kerana penyokong umno setiap kali hendak datang berhimpuan mesti dengan upah atau sekurang-kurang-nya nasi bungkus.Beliau hendak menyamakan penentang ISA dengan penyokong Umno, yang memang seperti ayam daging. ”

    = 100 % BETUL!!!!!!!!!!

  3. Majlis Sambutan Malam Nisfu Sya’aban
    Tarikh : 5 ogos, 2009 (Rabu)
    Masa : Selepas Solat Maghrib
    Tempat : Masjid Taman TAR, Ampang.
    Tentatif Program:
    1.Bacaan Yassin & Doa
    2.Solat Sunat Tasbih
    3.Pengijazahan Kitab Pancaran Nur Zikir % Doa Ahli Akhyar
    Semua di jemput hadir.
    http://pondokhabib.wordpress. com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s