PERUNCIT MELAYU PUPUS:SATU LAGI AGENDA PENGKHIANATAN UMNO


Utusan Malaysia On line 13/8/2009  melaporkan , kedai- kedai perniagaan runcit milik peniaga Melayu diancam kepupusan sekiranya tiada usaha dilakukan untuk menyelamatkan mereka.

Tinjauan yang dilakukan mendapati kira-kira 12,000 peniaga Melayu kini dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’ untuk meneruskan perniagaan tersebut, kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas.

Malah, tambah beliau, dianggarkan kira-kira 480 buah kedai runcit milik golongan berkenaan kini dalam proses dilelong.

Beliau berkata, dalam usaha menangani permasalahan itu DPMM telahpun mengusulkan cadangan dalam bentuk kertas kerja kepada kerajaan.

Katanya, kertas cadangan itu telah diserahkan kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Unit Perancang Ekonomi), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop empat bulan lalu.

Antara cadangan DPMM termasuk mahukan kerajaan memberi inovasi dan kreativiti baru kepada perniagaan tersebut dengan mengambil kira teras model ekonomi baru yang memberi fokus meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga kecil.

Ini termasuk mewujudkan pusat borong bersepadu, gudang dan sistem pengurusan inventori untuk golongan berkenaan.

”Kita masih menunggu jawapan daripadanya. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, peniaga runcit akan lenyap,” ujar beliau.

Presiden DPMM itu juga melahirkan rasa kecewa kerana para pelabur asing diberi hak untuk memonopoli perniagaan peruncitan di negara ini dalam segala aspek.

Beliau mempersoalkan kewajaran pemilik-pemilik pasar-pasar raya besar di negara ini yang dibenarkan menyewa premis dan kiosk di dalam pasar raya pada kadar yang tinggi kepada peniaga tempatan.

Syed Ali berkata, di luar negara pun, pasar-pasar raya tidak dibenarkan beroperasi di bandar besar tetapi di Malaysia hampir setiap bandar dan pekan ada pasar raya.

 

Komen: 

-Ini satu bukti umno pengkhianat kepada amanah rakyat.

-Masalah peruncit melayu pun umno tidak boleh selesai, lebih baik jangan jadi pemimpin.

-Sekarang yang khianat kepada peruncit melayu ialah umno/bn bukan Pakatan Rakyat.

-Setelah hampir 52 tahun negara merdeka, umno gagal menaikkan taraf hidup bumi putera di negara  ini, maknanya umno lebih kurang penjajah juga.

-Tentu umno menjawab bahawa umno telah berjaya melahirkan jutawan melayu. Persoalannya bukan kita fokus kepada individu umno putera, tetapi kena fokus secara keseluruhannnya, seperti yang didedahkan oleh  Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Syed Ali Alattas mengenai masalah peruncit melayu.

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Ekonomi

4 comments on “PERUNCIT MELAYU PUPUS:SATU LAGI AGENDA PENGKHIANATAN UMNO

  1. Masalah utama yang dihadapi oleh peniaga2 runcit melayu ialah saingan dari peniaga runcit bukan melayu.

    Ini berpunca dari ‘whole-sellers’ yang menguasai semua jenis barangan yang perlu bagi ‘peniaga runcit’.

    Whole-sellers akan menetapkan harga yang berbeza kepada peniaga runcit melayu dan bukan melayu. Itu sebab peniaga runcit melayu terpaksa jual dengan harga lebih tinggi dari peniaga runcit bukan melayu.

    Ini ial punca utama peniaga runcit melayu lingkup – tiada pelanggan.

  2. salam ustaz,

    saya memang mengikuti setiap artikel ustaz baik di dalam media cetak ataupun di laman blog. Komen2 dan ulasan ustaz amat menarik dan penuh dengan fakta. ceramah ustaz pun bagus dan sedap didengar.

    saya doakan semuga ustaz berjaya ke parlimen dalam pru ke 13 nanti. ..! Jangan kasi muka dengan UBN ni ustaz, Puak-puak ni memang lidah bercabang dua dan mata satu..!

  3. Betul peruncit melayu berada dalam keadaan yang amat-amat membimbangkan, lihat dan perhatikan zaman ini, samada ditaman-taman perumahan, kampung-kampung semua telah ditakluki oleh TESCO, ECONSAVE, GIANT, JAYAJUSCO, BINTANG DLL nama pasaraya bersar atau hyper. Siapa yang patut dipersalahkan atas penularan pasaraya besar ini ke kawasan-kawasan taman dan kampung??????? adakah rakyat jelata atau pemeimpin yang memerintah negara sekarang, atau pembangkang yang memberi lesen kepada mereka ini??? fikir-fikirkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s