PRK PERMATANG PASIR: SAH POLIS ALAT UMNO


 

Pada   20hb Ogos 2009, khamis malam Jumaat  saya, Dato Haji Mahfuz, YB Azmin Ali dan Saudara Azmi Abdullah berceramah di UPU Sama Gagah dalam siri kempen pilihanraya kecil permatang Pasir. Saya sampai lebih kurang pukul 10.15 Malam bersama Awang Salahudin ,  selepas mesyuarat PRK di Markaz Besar. Sewaktu saya sampai saudara Azmi Abdullah sedang berceramah. Dalam masa yang sama pos Umno di sebelah jalan, jarak lebih kurang 50 kaki daripada tempat ceramah Pas. Pihak Umno menayang CD menggunakan LCD serta menggunakan speker yang begitu kuat sekali dan mengganggu ceramah Pas pada ketika itu.

Apabila Tuan Haji Mahfuz berceramah dia minta supaya pegawai polis yang bertugas memberhentikan tayangan LCD. Malangnya polis hampir 100 orang yang berada di tempat kejadian tidak berani bertindak untuk memberhentikan tanyangan LCD tersebut. Maknanya memang pihak  polis membiarkan keadaan itu berterusan berlaku. Sewaktu saya berceramah hampir hendak berlaku pergaduhan kerana penyokong PR sudah ada yang  hilang sabar. Maknanya kalau  berlaku kejadian yang tidak diingini maka pihak polis yang bertanggung jawab. Sah mereka datang bukan hendak jaga keamanan pilihanraya tetapi hendak jaga keselamatan umno. Saya yakin kalau perkara itu dilakukan oleh penyokong Pas/PR, sahlah ada pula yang masuk lokap dan ditembak oleh FRU atau ada yang patah tangan. Tetapi oleh kerana dilakukan oleh parti rakan sejawat dengannya  maka mereka menjadi bacul dan dayus. Mereka datang bertugas menggunakan wang rakyat dan wang saya sebagai pembayar cukai tetapi telah berkhidmat untuk umno

 

Inilah sejarah pilihanraya kecil, ceramah begitu sukar hendak diadakan. Cuba bayangkan pihak Pas kena isi 6 salinan borang (sebelumnya 8 salinan) dan peta tempat ceramah setiap kali hendak ceramah. Polis yang bertindak sebagai pegawai keselamatan umno tunggu dengan senarai nama yang ada di tangannya sahaja. Kalau ada penceramah yang tidak ada dalam senarai akan diarahkan berhenti. Peliknya tempat umno mengadakan ceramah polis tidak ramai, seolah-olah yang jahatnya Pas/PR. Patutlah jenayah di Malaysia makin tinggi kerana polis menjaga umno bukan jaga keselamatan rakyat. Kalau PR memerintah nanti kita pastikan semua polis yang menjadi tali barut umno kita hantar kursus  supaya perbetul balik sikap mereka, supaya mereka faham mereka adalah orang yang menjaga ketenteraman awam bukan ketenteraman umno. Apa yang terjadi semalam menambah kebencian rakyat kepada polis di negara ini. Kita kasihan  kepada polis yang professional, kita benci kepada polis yang menjadi tali barut umno.

Advertisements

One comment on “PRK PERMATANG PASIR: SAH POLIS ALAT UMNO

  1. Salam perjuangan al Fadhil Ustaz,

    Polis alat Umno BN? Itu bukan pelik pun Ustaz, memang Polis dah lama jadi alat Umno.

    Cuma kita perlu ada pelan tindakan, selepas PR mengambil alih Kerajaan Malaysia, apakah program2 tarbiah dan penambah baikan yang perlu kita jalankan ke atas pihak2 berkuasa seperti PDRM, SPRM dan sebagainya… SPR juga..

    Mereka ini sebenarnya telah digelapkan mata hati oleh Umno BN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s