Muhyiddin pecah tembelang, Permatang Pasir tolak Umno bukan tolak pembangunan


Kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kecewa dengan kekalahan teruk Umno di Permatang Pasir hari ini memperjelaskan lagi sikap berdolak dalik dan ketidakikhlasan Umno dalam membantu rakyat.

Dalam kenyataan beliau yang dipetik Bernama, Muhyiddin memfitnah penduduk Permatang Pasir sebagai pengundi yang tidak mahukan perubahan dan menolak pembangunan.

Kenyataan berbaur dendam itu diluahkan setelah mengetahui Calon PAS-PAS, Ust. Mohd Salleh Man berjaya menewaskan Calon BN-Umno, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi.

Semasa berkempen, Muhyiddin bersama jentera Umno menyatakan bahawa “Permatang Pasir anak Emas Kerajaan BN’. Merata ceramah dan poster-banner menggunakan slogan ini. Slogan yang sama digunakan di Manik Urai.

Namun, penduduk Permatang Pasir lebih cerdik dan membuat pilihan tepat dengan mengekalkan DUN berkenaan dibawah kepimpinan PAS dengan majoriti yang besar.

Setelah gagal dengan Slogan ‘Anak Emas’ kini, Umno memecahkan tembelang sebenar mereka dan menjadikan Permatang pasir sebagai ‘Anak Betong’ pula.

Begitulah tabiat buruk Umno yang tidak pernah Ikhlas untuk berjuang bagi kesenangan rakyat. Bila mahukan undi mereka tabur apa sahaja termasuk duit palsu dan janji palsu. Bila kalah mereka melatah dan memfitnah pengundi dengan bermacam-macam perkataan. Hakikatnya pengundi tolak BN-Umno bukannya tolak pembangunan.

Akhirnya janji pembangunan BN tidak ke mana. Mujurlah Permatang Pauh tidak jatuh pada BN-Umno. Pas mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang memberikan mandat kepada PAS dan seterusnya kepada para petugas yang bertungkus lumus membantu mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir untuk PAS dan rakyat.

Advertisements

4 comments on “Muhyiddin pecah tembelang, Permatang Pasir tolak Umno bukan tolak pembangunan

  1. majukan tempat2 yang sudah dikuasai ok. jangan tamak nak kaut orang punya. dunia tidak kekal. jawatan tinggi tidak ke mana kalau cakap seperti orang bodoh, buta dan tuli.

  2. Sambutan Nuzul Al Quran
    Para Muslimin dan Muslimat di jemput Hadir ke Majlis Sambutan Nuzul AlQuran & Ghazwah Badar Al Kubra yang akan diadakan pada 6 September2008 di Masjid Darul Ehsan Taman TAR, Ampang.Selangor.

    5.52am : Solat Subuh

    6.30am : Kuliah Subuh Dato Kamal Muhamad

    10.00am : Periwayatan 10 Hadith Musalsal
    – Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin

    1.18pm : Solat Zuhur

    3.30pm : Mengenang Ahli Badar
    – Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin

    4.30pm : Solat Asar
    – Diskusi Kitab Penawar & Penyembuh Dari Al Quran – Imam Al Ghazali
    – Ceramah Nuzul Al Quran.

    7.23pm : Majlis Berbuka Puasa / Solat Maghrib

    8.34pm : Solat Isya dan Terawih

    http://pondokhabib.wordpress. com

    Semua di jemput hadir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s