BAHANA ARAK WANITA SERANG POLIS


KUALA LUMPUR 30 Ogos 2009 bernama melaporkan seorang wanita yang dipercayai mabuk gagal mengawal perasaannya dengan cuba menyerang seorang anggota polis trafik apabila mendapat tahu keretanya telah ditunda dalam satu operasi Ops Halang di sini awal pagi ini.

Wanita itu bertindak sedemikian kerana terkejut kenderaannya ditunda selepas diletakkan di kawasan yang menghalang laluan trafik berhampiran sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang di sini.

Namun wanita, dalam lingkungan 30an itu, berjaya ditenangkan kemudian oleh rakan-rakannya yang menariknya ke tepi jalan daripada terus berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit-jerit dan mengeluarkan kata kesat kepada pihak polis.

 

Peristiwa ini menunjukkann arak menyusahkan semua orang. Sebab itu arak disebut oleh Rasulullah SAW “Ibu segala kejahatan” kerana

-Pemabuk arak boleh serang siapa sahaja, mereka tidak kenal polis atau orang awam.

-Pemabuk arak memandu kereta dalam keadaan yang merbahayakan orang yang tidak berdosa

-Pemabuk arak punca keruntuhan dalam rumahtangga, kerana balik dalam keadaan mabuk ia akan menendang isteri atau anak.

-Pemabuk arak menyebabkan berlaku perceraian yang dilafazkan tanpa disedari. Menurut hukum Islam talak tetap jatuh. Kalau si pemabuk ini jahil dia terus bersama dengan isterinya, kerana anggapan talak tidak jatuh, ini bermakna berpanjangan ia melakukan zina

-Pemabuk arak menyebabkan ekonomi rumahtangga tidak stabil, kerana kaki botol dia sentiasa ketagih tanpa memperdulikan perbelanjaan rumahtangga.

-Pemabuk arak punca berlaku perzinaan dan jenayah rogol.

-Pemabuk boleh menyebabkan seorang itu menjadi pembunuh.

Advertisements

One comment on “BAHANA ARAK WANITA SERANG POLIS

  1. pemabuk juga hanya kenal lambang dacing saja…..pangkah tak kira calon……… kaki lesap duitke, tak ngaku ada isteri duake, tiada akhlakke, tak amanahke……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s