KES KARTIKA: MENUNJUKKAN UMNO MEREMEHKAN SYARIAT ISLAM


Apa pun terjadi di negara ini pemimpin yang memerintah adalah puncanya. Rakyat di bawah hanya mengikut agama pemimpinnya. Sebab itu tugas pemimpin bukan sahaja untuk membawa rakyatnya senang di dunia malahan juga bahagia di akhirat. Umno yang memimpin negara ini telah mengkhianat amanah rakyat sejak sekian lama.

Bermula daripada pengkhianatan kepada agama sampailah kepada khianat bangsa. Jika keadaan ini berterusan maka bukan sahaja agama akan merempat malahan bangsa juga akan merempat di negara sendiri. Tetapi pemimpin umno dengan  senang menyalahkan Pakatan Rakyat punya angkara. Walau bagaimanapun  rakyat semakin cerdik, kerana rakyat sudah berlaku anjakan paradigma pemikiran lantaran dari kesan langit terbuka, yang pastinya pemikiran pemimpin umno berada di tahap sebelum merdeka.

Mereka memikirkan,  otak rakyat sama seperti dengan mereka. Mereka tidak pernah dengar jeritan batin rakyat yang tertindas lantaran kerana berada di puncak kuasa. Mungkin kerana berkereta berjenama yang suara luar tidak boleh di dengari, tinggal pula dipuncak bukit dengan berlapis kawalan. Semuanya ini menjadi punca mereka tidak mendengar keluhan rakyat yang sudah meninggal jauh mereka dari segi pemikiran. Mungkin mereka sedar apabila Putera Jaya sudah bertukar nakhoda.

Isu hukuman sebat telah menarik perhatian masyarakat daripada pemimpin sampai rakyat biasa, samaadaa yang beragama Islam atau bukan Islam, samada yang alim atau jahil dalam agama. Semua memberi komen terhadap isu ini.

Ada yang memberi komen hanya bersadarkan kerana yang kena ini wanita, maka isu gender yang dipejuangakan. Ada yang memberi komen atas asas politik. Ada yang memberi komen berdasarkan nas.

Hukuman yang jatuhkan ke atas Kartika dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Tembelang umno yang kononnya sebagai parti yang menegakkan Islam dan memperjuangkan Islam, dan menuduh Pakatan Rakyat pengkhianat agama semakin terserlah dengan isu Kartika ini. Sekarang sudah terbukti bagaimana umno gagal menguruskan agama dan memberi kefahaman agama yang betul kepada rakyat terutama orang Islam. Umno gagal untuk melaksanakan syariat Islam yang sebenar di negara ini.

Umno bukan sahaja gagal untuk melaksanakan perintah Allah, malahan tidak ada kesungguhan dalam melaksanakan Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987. 

Walaupun hukum ini tidak bertepatan dengan hukum Islam. Sepatutnya apabila mereka meluluskan satu undang-undang mereka perlu menyediakan pasarana yang lengkap seperti hakim ynag terlatih, penyebat yang terlatih.

Samalah juga apabila kerajaan hendak membuka sekolah, ia mesti seiring dengan guru dan alat kelengkapan tempat belajar. Apa yang berlaku hari ini terdedah hukuman tidak boleh dilaksanakan kerana tidak ada kepakaran untuk menyebat pesalah.

Macam mana Enakmen yang sudah diluluskan sejak 27 tahun lalu tidak ada penyebat yang terlatih. Ini menunjukkan bahawa mereka meluluskan Enakmen ini,  tidak faham apa yang diluluskan, keduanya hendak memberi tahu bahawa umno sudah buat hukum Islam dan senanglah hendak mendapat undi dalam pilihanraya untuk melawan Pas.

Umno jangan jadi seperti Allah gambarkan dalam al-Quran, “Perumpamaan orang yang diberi  tugas membawa Taurat, kemudian mereka tidak membawanya (tidak mengamalkanya) adalah seperti keldai yang membawa kitab-kitab yang tebal. Sangat buruklah perumpamaan kaum yang mendustakan ayat-ayat Allah. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim” (al-Jumaah, 62:5) 

Allah mengharamkan benda-benda yang memabukan kerana hendak memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan orang-orang yang mabuk perangainya seperti binatang. Mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa perasaan malu.

Oleh kerana itu pakar perubatan dan kemasyarakatan  dan pakar ilmu jiwa mengatakan  arak adalah merbahaya kepada akal fikiran dan tubuh badan. Islam telah menegaskan  ia sebagai ibu segala yang keji dan kotor. Sebagaimana Sabda Rasulullah SAW

“Arak adalah ibu segala kejahatan”

Islam telah menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan dengan 40 kali sebat ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW bermaksud

“Bahawasanya Rasulullah SAW telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali” dan  Saidina Abu Bakar ,menyebat 40 kali dan Saidina Umar menyebat 80 kali.

Seperti yang dijelaskan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam.

Perlu diingatkan bahawa undang-undang Islam yang sebenar tidak menzalimi pesalah. Hukuman yang dikenakan bukan untuk menyiksa, tetapi mendidik supaya kembali ke pangkal jalan. Hukuman rotan bukan seperti yang dilaksanakan di penjara pada hari ini, kerana ia menyiksa pesalah.  Umno tidak berusaha untuk melaksanakan perintah Allah walaupun negara sudah 52 tahun merdeka.

Sebenarnya mereka hendak berniaga sebab itu usaha pencegahan tidak dibuat supaya rakyat jangan minum arak. Seolah-olah makin banyak pesalah minum arak ditangkap maka ia kan mendapat wang hasil denda. Lebih malang lagi terdapat 3 orang Islam menjadi Ahli Lembaga Pengarah syarikat arak Calsberg.

Kenapa umno tidak mencegah supaya orang Islam jangan menjadi ahli lembaga syarikat arak. Kita tidak dengar kerajaan membelanjakan wang untuk kempen “Tak nak arak” seperti kempen anti merokok dan bahaya najis dadah.

Kenapa arak yang ada nas yang qat’i tidak diharamkan dan melaksanakan kempen secara ageresif seperti kempen anti najis dadah? Jawabnya kerana arak orang minum malam hari dia mampu lagi pergi bekerja, sedangkan orang hisap dadah dia tidak mampu untuk bekerja. Ini menunjukkan hukum itu boleh menjadi halal apabila ada nilai ekonomi dan haram apabila memusnah ekonomi. Inilah ajaran songsang yang berjalan di negara kita.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s