PAS MENGUTUK PERARAKAN ANTI AGAMA


Pas mengutuk demontrasi yang membawa kepala lembu selepas jumaat  di pejabat Setiausaha Kerajaan  Negeri Shah Alam pada 28/8/2009. Tindakan ini dibuat ekoran pemindahan tapak kuil lama di Seksyen 19 ke Seksyen 23 Shah Alam. Bantahan dibuat  oleh “Badan Bertindak”  penduduk Seksyen 23.  

Pas memandang berat tindakan yang dianggap sebagai provokasi untuk menimbulkan huru hara dalam negeri Selangor. Kita bimbang ada tangan ajaib sebagai satu cara untuk menjatuhkan kerajaan pakatan rakyat di Selangor. Dengaan harapan ada pula sebelah pihak yang dihina akan bangkit bertindak,  dengan cara ini suasana tidak tenteram akan berlaku.

Pas sebagai sebuah parti yang berpegang dengan prinsip Islam, tetap menghormati kebebasan beragama dan Islam tidak membenarkan umatnya menghina agama lain seperti yang dijelaskan oleh al-Quran dalam surah al-An’am ayat 108

“Dan janganlah kamu maki sesembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap umat menganggap  baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahukan kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan” 

Menjadi tanda tanya kepada kita, kenapa perarakan ini, FRU tidak menembak gas pemedih mata,  kerana perarakan ini bukan perarakan aman seperti membantah ISA, membantah Metematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan himpunan BERSIH. Tetapi, ini  perarakan yang bersifat perkauman dan penghinaan agama.  Kenapa pihak polis sudah kehilangan jantan dalam isu ini. Perkara ini mesti disiasat macam mana himpunan yang bersifat perkauman dan penghinaan agama dibiarkan, ini satu budaya yang tidak sihat.

Pas yakin bahawa perkara ini dapat diselesaikan dengan baik melalui perundingan dan musyawarah. Kebijaksanaan Tan Sri khalid Ibrahim yang menerajui kerajaan Selangor kita yakin kes ini dapat diselesaikan dengan baik. Supaya jangan biarkan harimau ganas yang sedang menunggu masa untuk  mengambil kesempatan menumbangkan Kerajaan Pakatan, setelah beberapa konspirasi  untuk menumbangkan Kerajaaan Pakatan di Selangor gagal. Kita bimbang  negeri Selangor dharurat, ketika itu fungsi kerajaan Pakatan akan hilang,  kerana ia ditadbir oleh Jawatankuasa yang lain, banyaklah agenda yang hendak dirancang oleh kerajaan Pakatan tidak boleh dilaksanakan. Kerana Umno amat sakit hati,  kerana Selangor adalah pusat kerajaan dan lubuk emas. Kerajaan pakatan telah Berjaya menolak teori yang mengatakan BN sahaja yang boleh membawa kemajuan di negara ini. Segala khurafat yang mengatakan umno sahaja boleh memerintah sudah berkubur. Banyak idea ekonomi yang menguntungkan rakyat telah berjaya dilaksanakan, dan memang semua rakyat di Selangor amat terasa perubahan ini. Ini bermakna umno sudah jauh di hati rakyat. Lafaz yang patut digunakan ialah sayonara umno.

Pas menyeru semua penyokong Pakatan Rakyat di minta bertenang dan kita mengharapkan juga pihak polis dapat menanggani isu ini dengan profesional.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s