Rangking Keselamatan Negara Jatuh 25 anak tangga, batalkan kontrak Musa Hassan


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menzahirkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan negara yang kian meruncing akhir-akhir ini. Menurut Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010 yang dikeluarkan semalam, ranking keselamatan negara jatuh 25 tangga ke kedudukan ke-85.

Menurut laporan berkenaan potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95 dengan kedua-duanya membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.

Isu keselamatan bukan sahaja menjadi kerisauan rakyat tetapi pelaburan dari luar juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia peringkat global jatuh 3 anak tangga ke kedudukan ke-24.

Tindakan PAS sebelum ini yang membantah kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan disambung semula adalah tepat jika dinilai dari segi masa depan ekonomi dan keselamatan negara. Fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik.

Maka PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya membatalkan pelantikan semula beliau atas kegagalan beliau memperbaiki rangking keselamatan negara.

Dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang. Maka Pasukan Polis DiRaja Malaysia memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

2 comments on “Rangking Keselamatan Negara Jatuh 25 anak tangga, batalkan kontrak Musa Hassan

  1. Salam.

    Kejadian jenayah rogol,ragut,pecah rumah,rompak makin hari semakin meningkat.Penguatkuasa undang-undang nampaknya lebih berminat untuk menangkap ahli-ahli politik dan penyokong parti yang tidak sehaluan dengan UMNOBN.

    Kenyataan ini tidak boleh disangkal lagi TETAPI pencacai UMNOBN mesti melenting bila dimaklumkan begitu!!

    Penyambungan kontrak KPN sekarang akan mengukuhkan lagi cengkaman pemerintah zalim ke atas parti-parti yang tidak sebulu.

    Jelasnya, penyambungan kontrak tersebut meningkatkan persepsi negatif negara luar kepada Malaysia yang kesannya TIADA PERTAMBAHAN PELABUR, PELABUR SEDIA ADA ANGKAT KAKI dan berbagai implikasi lagi.

    Hal ini adalah berpunca daripada pemimpin rakus dan keji UMNOBN yang inginterus mencengkam negara bagi memenuhi tuntutan nafsu serakah mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s