PAS Jemput SPRM pantau Bagan Pinang


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk turun di Bagan Pinang sepanjang musim pilihanraya yang bakal bermula pada esok hari.

Pilihanraya Kecil Bagan Pinang sewajarnya menjadi tumpuan SPRM kerana terdapat calon yang mempunyai sejarah sabitan rasuah yang cuba mencalonkan diri untuk bertanding. Tan Sri Isa Samad mungkin sudah dimaafkan oleh sebahagian besar ahli Umno, tetapi itu bukanlah jaminan bahawa rasuah tidak akan berlaku di Bagan Pinang.

Oleh itu, SPRM dipelawa untuk membuat pemantauan bagi memastikan pilihanraya kali ini bebas dari rasuah dan salah guna kuasa.

Pada masa ini terdapat beberapa ahli politik yang menjadi Menteri mengunakan peruntukan Kerajaan dan kuasa mereka dalam Kerajaan untuk turun ke kem-kem tentera bagi berkempen atas nama ‘Kerajaan Barisan Nasional’.

Perkara ini harus dipandang serius kerana itu juga merupakan penyelewengan yang jelas terhadap dana kerajaan.

PAS dari semasa ke semasa akan membuat siasatan dan laporan sepanjang musim pilihanraya. PAS berharap agar SPRM dapat melaksanakan mandat rakyat, khususnya dalam pilihanraya kali ini.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “PAS Jemput SPRM pantau Bagan Pinang

  1. apa penerangan PAS patut buat. Pengundi N9 , dah pekat dengan biru. Melayu asal. nak kikis macamana.
    Macam enta lawan anak mahadir . sepatutnya enta menang. Melayu nak pakah pas amat penakut.
    Enta kena rayu, tolonglah, main saraf . kalau serang KJ ok. pengundi kita nak bijak macam kelate.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s