Bukti Bergambar, Azeez bukannya ditumbuk penyokong Pas


Kenyataan Media

IMG_0260Laporan Ketua Pemuda Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mendakwa telah ditumbuk oleh lebih kurang 10 orang penyokong Parti Islam Se-Malaysia (PAS) semasa hari penamaan calon mengemparkan seluruh negara.

Penyokong PAS dikatakan menyerang beliau ketika beliau bersama Datuk Ismail Sabri berjalan berhampiran dengan kawasan penyokong PAS yang sebenarnya menjadi kawasan larangan bagi penyokong Umno-BN semasa hari penamaan calon sabtu lalu.

Beliau telah membuat laporan Polis pada hari yang sama dan mendakwa mengalami lebam di tengkuknya. Beliau juga dilaporkan mengalami muntah-muntah dan telah dimasukan ke Hospital sehari selepas kejadian.

Bagaimana pun 3 keping gambar yang menunjukan kejadian sebenar telah diterima dan mengesahkan bahawa Azeez telah berbohong. Beliau melalui kawasan penyokong PAS walaupun sudah ditegur oleh pihak Polis.

Ketika melalui kawasan berkenaan, seorang penyokong PAS menepuk bahu beliau, bukannya menumbuk seperti yang didakwa. Rakaman gambar yang dibuat menunjukan beliau hanya tersenyum dan berlalu pergi tanpa adanya sebarang aksi tumbuk menumbuk.

PAS mahu Azeez meminta maaf kepada rakyat Bagan Pinang dan seluruh negara atas pembohongan yang beliau lakukan. PAS yakin rakyat sedar bahawa lakonan beliau kali ini hanyalah semata-mata untuk meraih undi simpati dari rakyat.

Namun rakyat jauh lebih bijak dari pemimpin BN yang gagal membuat skrip dan lakonan yang baik semasa hari penamaan calon.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Baru sampai…

IMG_0260

Disapa penyokong PAS-Bukan Di tumbuk

IMG_0261

Beredar dengan aman, tiada pergaduhan

IMG_0262

Sumber: http://baganutama.blogspot.com/ 

Advertisements

5 comments on “Bukti Bergambar, Azeez bukannya ditumbuk penyokong Pas

  1. Umno sebenarnya tiada su untuk diketengahkan di Bagan Pinang. Maka mereka akan melakukan provokasi dengan cerita-cerita mengarut mereka seperti surat layang, king of mat rempit ditumbuk dan bermacam-macam lagi untuk menutup skandal Isa. Ini semua adalah permainan budak-budak kampung.

  2. Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
    Memang betul Azeez bukannya di tumbuk penyokong Pas , tapi empunya bloger tolong periksa betul himbus angin ( santau angin tu ) yang keluar dari mulut dan chalitan minyak dagu di calit oleh penyokong Pas seperti gambar yang tuan tonjolkan . Cari mainan batin lain dari pada yang lain . Saya rasa Azeez kena santau dan minyak dagu kot .Penyokong Pas dah mula main permainan batin . Suruh Tuan Guru Nik Aziz sholat hajat untuk confirm kes santau ni

  3. Tak pa umno kata penyokong pas ganas,samseng kerana lagi banyak pemimpin umno kena penumbok .’orang pas’ lagi banyak pas dpt undi simpati.Sebenarnya Datuk A tu…dah sasau sangat agaknya. Nasib baik Datuk A yang kena…. kalaulah penyokong pas tertumbuk Tan sri Isa bagaimana ulasan berita malam tu… tentu lagi meriah dan seronok.Kini Umno yang membuat fitnah ac-hoc politik ,terpukul dengan kenyataan balas Ustaz Idris berbuktikan 3 keping gambar. Tapi saya pelek juga Isa Samad langsung tak sentuh isu itu malah menteri lain pulak yang beriya-riya melawat Datuk di hospital berbalut keseluruhan pangkal leher macm keadaan Anwar Ibrahim jatuh kuda dulu,

    Yang seronoknya,sempat juga buat sidang akbar dan sekali lagi batang leher Datuk diambil gambar secara ‘close up’

    Maka mulalah cercaan tohmahan,umpatan dilemparkan kpd Pas sahinggakan menteri tersebut menjadi hakim dlm kes ‘tumbuk’ ini.

    Kepada datuk A.saya berpesan kpd diri saya dan datuk supaya berhati2 memanipulasikan sesuatu isu,kerana manusia tahu menilai kebenaran,apalagi kalau dari umno…banyak yang salah dari betul..bak kata pepatah moden..2 berita 3 tak boleh percaya.

    Bagi saya kalau betul2 Datuk ditumbuk oleh 10 orang manusia,silap2 muka datuk dah bertukar jadi lempeng dan kemungkinan besar jatuh pengsan…silap2 haribulan koma..

    Tapi datuk boleh lagi buat ‘statement’ akbar dng bergaya..bercakap berapi2 bahkan nampak kelihatan sehat.

    Saya harap Ustaz Idris cabar datuk A buktikan kebenaran dan jika ia satu pembohongan dan pendustaan maka elok sangatlah Pas pula membuat lapuran polis. Kalau boleh gelaran Datuk tersebut di tarik balik,kerana ia nampak tidak serasi dengan si pemakainya…wazkur…rabbaka…fi..nafsika…jumpa lagi {allazaidi @gmail.com}

  4. pelik….
    masih nk sokong pemimpin penipu..

    aku bebas..
    aku sokong yang mana betul..

    harap semua faham yang mana betul dan yang mana penipu..

    Hidup Islam’..

  5. Pingback: Inikah gambar Azeez ditumbuk di Bagan Pinang « Herman Samsudeen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s