JKR tidak boleh turap lubang rasuah Isa Samad


Setiap kali ada pilihanraya maka segala jentolak dan bulldozer Jabatan Kerjaraya akan diarahkan menurap jalan yang berlubang, rosak, malah ada juga jalan yang tidak rosak diturap juga. Perkara ini berlaku di Bagan Pinang yang kini sedang dalam fasa kempen Pilihanraya Kecil selepas kematian Adunnya.

Malangnya Umno-BN meletakkan calonnya, Tan Sri Isa Samad yang sudah disabitkan kesalahan rasuah oleh oleh Lembaga Disiplin Umno hingga digantung keahlian selama 3 tahun. Malangnya segala macam jentera JKR yang datang ke Bagan Pinang belum mampu menurap atau menutupi lubang-lubang rasuah Isa.

Satu negara sudah tahu bahawa Isa adalah ikon ‘pemimpin perasuah’ dalam Umno. Beliau yang juga pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan dan Menteri Wilayah Persekutuan juga pernah terbabit dengan pelbagai skandal termasuk kes penjualan tanah-tanah milik Kerajaan di persisir pantai Port Dickson.

Jika anda pergi ke sekitar Pantai Port Dickson, anda akan melihat begitu banyak rumah dan villa peranginan yang hampir 99% dimiliki oleh orang luar. Di setiap kawasan rumah atau villa itu diletakan papan tanda ‘Hak Persendirian’ yang memaklumkan orang ramai bahawa tanah itu sudah dijual oleh Isa semasa beliau jadi Menteri Besar kepada orang luar.

JKR tidak mampu untuk membantu Isa, mereka hanya datang ke Bagan untuk buat kerja siang malam demi mencari rezeki buat anak isteri. Tetapi untuk menurap lubang-lubang rasuah Isa, itu bukan kerja mereka.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Dipetik dari http://baganutama.blogspot.com

Live dari Bagan Pinang : Keajaiban Dunia ke 8, jalan Ok diturap.Jalan berlubang dibiarkan.

Jalan OK di Kilometer 3 Kampung Baru Bagan Pinang .

Nak tengak MAGIC ??? Jalan yang OK tadi diturap pada hari ini.Sahih tidak membazir bagi BN.

Belum habis lagi.Mari terus lihat Magic Isa Samad di Kilometer 3 Kampung Baru Bagan Pinang.

Terima kasih tidak terhingga kepada Polis DiRaja Malaysia yang mengawal lalu lintas yang amat teruk tadi.
Tapi yang HAIRANNYA jalan yang sedia berlubang di Taman Port Dickson Utama tidak pula diturap.Adakah ini dinamakan CERDIK atau kroni lain sapu dulu duit yang diagihkan.Teruskan melihat gambar jalan berlubang yang dimaksudkan.

Kesimpulan : Ini adalah RASUAH dan cuba MEMBODOHKAN pengundi Bagan Pinang.Cuba tiada kematian di N31, jangan haraplah ini semua berlaku.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s