Muhyiddin akui kematian Kugan dan Teoh sebagai kesilapan kecil Kerajaan.


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar ucapan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ceramah kempennya di Taman PD Utama, 4 Okt baru-baru ini yang mengatakan bahawa Kes kematian A.Kugan dan Teoh Beng Hock sebagai kesilapan kecil dalam sistem Kerajaan.

Ucapan beliau ini merupakan satu pengakuan lisan terhadap dakwaan rakyat yang melihat A.Kugan dan Beng Hock sebagai mangsa kepada keganasan Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

Pastinya ini akan menakutkan rakyat kerana dengan kesilapan kecil bagi pemimpin Umno ini, beberapa nyawa sudah tergadai. Inilah bukti begitu lemahnya sistem yang ada dalam Kerajaan yang ditadbir urus Barisan Nasional.

Rakyat, khususnya di Bagan Pinang harus memastikan kejadian serupa tidak berulang lagi dan menolak Barisan Nasional. Gunakanlah undi anda untuk menolak pemimpin yang tidak prihatin dan selalu memandang rendah akan nilai nyawa setiap rakyatnya.

PAS juga mendesak agar Muhyiddin meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada keluarga mendiang A.Kugan dan Teoh Beng Hock.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s