PAS Aminkan doa Mahathir agar Umno-BN kalah di Bagan Pinang


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bersetuju dengan pandangan Tun Mahathir Mohamad sebelum penamaan calon yang menegaskan bahawa “Umno-BN akan musnah dan hilang kuasa pemerintahan jika terus mengekalkan calon yang tidak bersih”.

PAS melihat kata-kata itu sebagai doa, dan mengaminkannya setelah Umno tekad mencalonkan Tan Sri Isa Samad yang pernah disabitkan rasuah sebelum ini sebagai calon wakil rakyat di Bagan Pinang.

Tindakan Mahathir yang memboikot kempen BN di Bagan Pinang juga wajar diberi perhatian oleh rakyat kerana dalam lapan siri pilihanraya kecil sebelum ini kelibat Mahathir sentiasa ada untuk membantu BN.

Rakyat juga tidak akan lupa sejarah pentabiran Mahathir yang korup, dan apa yang beliau lakukan hari ini hanyalah satu tindakan membalas dendam terhadap apa yang Umno lakukan kepada beliau setelah puas mengkritik kepimpinan Umno yang kian lemah.

Apa jua yang Mahathir katakan, Umno kini sudah semakin lemah dan reput kerana dipimpin oleh barisan kepimpinan yang mengangkat perasuah sebagai Calon wakil rakyat di Bagan Pinang.

Semoga Allah menerima doa Mahathir ini dan PAS sentiasa bersedia untuk mengantikan Umno-BN dengan barisan kepimpinan yang bersih.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s