EGM: PIMPINAN AKAN BERBINCANG, AHLI DIMINTA BERTENANG


Kenyataan Media

Parti Islam Semalaysia Pas akan berbincang mengenai pandangan murni Mursyidul Am, YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung cadangannya untuk mengadakan Muktamar Khas.

Seperti yang dimaklumkan oleh Naib Presiden, YB Salahuddin Ayub, pandangan ini akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat dalam tempoh terdekat ini. Mesyuarat ini akan menilai sama ada wujud keperluan bagi mengadakan Muktamar Khas atau tidak.

PAS amat mengalakkan perbincangan dan menghargai setiap pandangan atau kritikan yang diberikan, namun pada waktu ini setiap pimpinan diminta agar membincangkan perkara ini secara dalaman dan tidak mengunakan media termasuk blog dan facebook peribadi yang boleh mendatangkan lebih banyak persepsi negatif serta membuka ruang untuk media luar memutarbelitkan isu ini.

Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti.

Pas penuh yakin masalah ini dapat diselesaikan melalui musyawarah, muhasabah seperti yang pernah diselesaikan sebelumnya. Inilah kelebihan yang ada kepada Pas dan tidak dalam Umno/BN.

Advertisements

3 comments on “EGM: PIMPINAN AKAN BERBINCANG, AHLI DIMINTA BERTENANG

  1. Zaman TDM menjadi Perdana Menteri Malaysia, ramai yang mempamerkan sikap PM knows best. Ini termasuk mantan menteri kabinet, TSLLS. Dalam PAS pun demikian juga, ramai yang bersikap pimpinan know best.

    Dalam Islam, keterbukaan pimpinan menerima pendapat orang biasa-biasa terserlah. Ini termasuk dalam membincangkan bagaimana hendak menghadapi perang Ahzab. Strategi Salman diterima. Bukan semua keputusan datang dari nabi Muhamad kecuali hal-hal yang berkaitan dengan wahyu dan sunah yang khusus kepada baginda. Demikian juga dalam kes biak-baik pokok kurma. Nabi Muhamad menyerahkan kepada penanam kurma untuk menetukan cara terbaik untuk biak-baik pokok kurma.

    Sultan Muhamad Al Fatih sentiasa berbincang dengan pakar-pakar kejuruteraan selain daripada Sheikh Shamsuddin dalam pemerintahan baginda.

    Soalannya sekarang, adakah pimpinan PAS sedang menuju ke arah autokratik? Adakah gaya kepimpinan autokratik sebahagian daripada sunah Nabi Muhamad? Adakah gaya kepimpinan autokratik ini satu wasilah untuk memudahkan penubuhan UG dan seterusnya membawa PAS kembali bersama UBN?

  2. Asslkm, tuan saya amat tidak bersetuju dengan sikap sesetengah pimpinan PAS masa kini yang mengunakan blog dan media untuk menyatakan maslah dalam parti. Besarlah harapana agar tuan dapat samapaikan dalam pertemuan dgn. pimpinan PAS supaya segala isu-isu yang berkaiatan parti tidak dibincangkan dalam blog dan media. Saya amat tidak bersetuju dengan tindakan TG Nik Aziz yang mengenengahkan isu pimpinan yang pro UMNO melalui blognya. Tindakan ini boleh menghancurkan parti. PAS mempunayai majli syura sepatutnya disuarakan kepada syura untuk sebarang tindakan. Kesempatan ini juga saya ingin mengingatkan supaya PAS dapat mengekalkan cara politik PAS yang meletakkan Islam sebagai wadahnya buka meniru gaya PKR@DAP. Segelintik pimpinan PAS yang baru mengenal PAS agak keghairahan setelah memperolehi kemenangan perlu diingat supaya tidak terlalu seronok untuk bersama PKR@DAP…dalam politik apa-apa pun boleh terjadi.

  3. Assalamualaikum,Saya yang dah jadi ahli pas hampir 30 tahun mengharapkan supaya isu ini dapat diselesaikan segera,saya yang dah lama dalam pas pun merasa kecewa dengan gelagat pimpinan kita apatah lagi orang yang berada diluar sana,pas baru diuji memerintah beberapa negeri belum lagi pusat dah jadi begini,jangan disebabkan beberapa isu yang membabitkan segelintir pimpinan yang bercanggah pendapat hingga membawa kepada mesyuarat EGM akan membawa pas menuju kehancuran,inilah yang diharapkan oleh musuh-musuh pas.sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s