RUNDINGAN UMNO-PAS HANYA UMPAN MUHYIDDIN


Pas mengingatkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin jangan cuba mencari kesempatan untuk memecah belahkan perpaduan parti Pas dan Pakatan Rakyat, seperti yang dilaporkan dalam UM 26/10/2009.

Muhyiddin jangan jadi hidung tidak mancung pipi tersorong-sorong Pas berpendapat umno begitu gelisah apabila melihat Pas semakin mendapat tempat di kalangan orang bukan Islam dan orang Islam.

Pas tidak lagi dipandang sebagai parti yang cauvanis perkauman, sebaliknya mereka melihat pas sebagai wadah baru mereka untuk mendapat keadilan di negara ini.

Umno sedar bahawa tungkat sakti mereka sudah patah (iaitu pengundi bukan Islam), kerana selama ini umno hanya boleh bernafas dengan bantuan oksigen daripada balang oksigen pengundi bukan Islam. Sekarang talian hayat itu sudah berpindah kepada Pas dan pakatan Rakyat

Sebenarnya pengundi-pengundi melayu di negara ini, terutama generasi muda mereka menyebelahi Pas. Inilah yang menjadi kebimbangan umno. Kalau undi Melayu sudah kepada Pas dan dicampur dengan undi bukan Islam maka sudah tentu ia akan memberi kesan politik yang parah kepada umno , bukan kepada orang melayu.

Sifir mudahnya ialah kalau umno kalah yang menggantikan umno ialah Pas. Pas menyedari bahawa umno sedang manipulasi isu melayu dan Islam, kononnya kalau umno kalah melayu dan Islam akan hancur. Sedangkan apa yang berlaku kemusnahan kepada Melayu dan Islam adalah angkara umno.

Umno tidak boleh tudung bangkai gajah dengan tudung saji yang kecil, kerana yang menjahanamkan melayu dan Islam ialah angkara umno, bukannya perbuatan Pas. Pas bersama dengan Pakatan Rakyat sedang mengukuhkan lagi agenda perjuangan rakyat di negara ini sebagai sebuah parti untuk menjadi kerajaan menunggu . Satu Konvesnsyen Pakatan Rakyat akan diadalah di Shah Alam Selangor pada 13hb Disember 2009.

Advertisements

One comment on “RUNDINGAN UMNO-PAS HANYA UMPAN MUHYIDDIN

  1. dahla tu…UMNO dan PAS betelagah, yang mati orang Melayu Islam,lupakan perbezaan politik/idealogi,duduk berbincang macammana nak majukan bangsa dan agama..fikirkan anak2 Melayu yang dah ramai murtad,yang dah lari dari rumah,yang melahirkan anak luar nikah,yang merempit , musuh2 Islam yang nak menghancurkan Islam dan bermacam2 lagi..ada baiknya kita pegi berdakwah,sebarkan ilmu dan amal dengan orang2 Islam.Beri kesedaran.Jangan sibuk berpolitik je..Satu lagi yang saya hairan macammana PAS/UMNO berdiam diri apabila YB Teresa Kok melarang laungan azan..macammana ni ustaz..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s