Ahli PAS Kena Bijak Menghadapi Fitnah Media


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengingatkan setiap ahli agar bijak dalam membaca sebaran berita di internet khususnya dalam blog, facebook dan juga media massa lainnya. Pada waktu ini PAS mendapati semakin banyak tuduhan liar dilontarkan oleh CyberTrooper Umno yang menyamar sebagai ahli PAS atau wakil pimpinan PAS di dalam media alternatif ini.

PAS mendapati mereka mengunakan isu Unity Goverment dan juga cadangan Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz Nik Mat bagi menunjukan bahawa PAS kini berpecah.

Pemimpin Umno seperti Najib Tun Razak, Muhyiddin Yasin dan Zahid Hamidi bersilih ganti menangguk di air keruh dengan memberikan komen seolah-olah PAS kini sedang berpecah yang mana sebahagiannya mengambarkan seperti ada kumpulan dalam PAS yang mahu bergabung dalam Umno, sebahagian lagi mahu Mursyidul Am dan Presiden letak jawatan.

Dalam ucapan Muktamar yang lepas, telah dijelaskan oleh Presiden, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang, bahawa PAS tiada hasrat untuk bergabung dengan Umno dan isu Unity Goverment tidak berbangkit lagi.

Sehubungan dengan itu, kewujudan fitnah seolah-olah wujudnya pertemuan sulit pimpinan PAS yang Pro Unity Goverment dan Pro-Erdogan wajar difahami ahli sebagai satu gerak kerja saraf Umno untuk memecahkan parti ini kepada dua kelompok. Sesungguhnya tiada sebarang pertemuan sulit yang dilaporkan dan belum ada bukti yang diterima diperingkat kepimpinan PAS tentang kewujudan dua kumpulan ini melainkan individu-individu yang berbeza pandangan dengan pimpinan.

PAS melihat, selain jalan Musyawarah perlu juga Laporan Disiplin dibuat bagi mengesahkan setiap tuduhan yang dibuat untuk memudahkan kita mengetahui asal punca masalah ini.

Lembaga Disiplin PAS juga membuka ruang yang seluas-luasnya terhadap mana-mana pimpinan dan ahli yang mempunyai bukti mengenai fitnah ini atau mereka-mereka yang menyebarkan berita bahawa terdapat segelintir pimpinan PAS sedang berusaha membawa PAS bergabung dengan Umno untuk membuat Laporan Disiplin. Jika ada laporan dan bukti yang sahih kita akan membuat keputusan, walaupun yang didakwa itu Mursyidul Am, Presiden atau mana-mana pemimpin tertinggi parti sekalipun.

PAS yakin kerja-kerja fitnah CyberTrooper Umno dan mereka-mereka yang kononnya menjadi ahli PAS tetapi bekerja untuk Umno akan mati dengan sendirinya jika sebarang Laporan Disiplin gagal dibuat dan tiada sebarang pembuktian diserahkan kepada pihak Lembaga.

PAS meminta ahli bertenang dan tidak membuat sebarang ulasan terbuka mengenai perkara ini dan memberikan ruang kepada pemimpin bermusyawarah bagi mencari punca masalah ini. Gunakanlah saluran yang ada (Lembaga Disiplin) bagi mencari kebenaran dan menguatkan Ukhuwah dalam parti.

Marilah kita bersama-sama melakukan solat hajat moga mereka yang cuba menganiaya parti ini diberikan hidayah oleh Allah untuk menginsafi perbuatan mereka. Kita mohon pada Allah semoga PAS dileraikan dari belenggu fitnah dan perjuangan kita terus mendapat hidayah dariNya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

3 comments on “Ahli PAS Kena Bijak Menghadapi Fitnah Media

  1. Media UMNO kelihatan seolah2 mngambil berat terhadap PAS..itu semunya konspirasi utk mnjatuhkn PAS scara perlahan-lahan

  2. Asslkm, saya tidak risau tentang ahli PAS yang membaca fitnah di media. Apa yang saya risau ialah pemimpin PAS yang suka melayan media kemudian membuat ulasan yang boleh memporak prandakan parti. Ada juga pimpinan yang tulis dalam blognya, hentam pimpinan yang lain. Ini apa punya pimpinan macam ni. Tolong pesan pada semua pimpinan jangan guna blog atau media untuk membuat ulasan mengenai pimpinan lain. Ada yang tulis dalam blognya apa yang berlaku dalam mesyuarat parti. Peminpin macam ni patut di bersihkan. Kalau tidak hancur PAS. HARAKAH selaku lidah rasmi PAS juga perlu diingatkan supaya menapis segalan penulis yang dilihat boleh memecahbelahkan parti. Kita perlu ingat satu ketika dulu kita pernah boikot media…media pun takut..PAS terus maju… hinggalah sekarang.. terlalu banyak layan media terlalu rajin nak mengulas dalam blog….. ada yang tersinggung..kecil..merajuk dan sebagainya….. Sepatutnya kalau rajin sangat nak menulis dalam blog … tulis yang ilmiah saja..yang mengarut…orang tu.PRO UMNO..orang ni PRO UMNO tak payah… hal-hal tu bincang dalam mesyuarat….

  3. Ahli PAS mest menunjukkan contoh termasuk dalam politik. Jangan kita melatah tetapi mesti mengambil pendekatan yang tidak merugikan parti sendiri. Jangan terbawa-bawa dengan stail kepoh orang lain yang memang menjadi strategi mereka supaya benda kecil yang dibikinnya menjadi besar agar mereka kelihatan hebat. Parti politik adalah wadah dakwah oleh itu tindak-tanduk mesti mencerminkan keperibadian Islam. Jangan terikut-ikut dengan ahli politik yang tidak bijak. Rakyat semakin bijak menilai.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s