Jambatan Runtuh : Takziah Kepada Mangsa, Agensi Kerajaan Tidak Boleh Leka


mainpix3

Gambar diambil dari Berita Harian 

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa Jambatan Gantung yang runtuh di Kuala Dipang kelmarin. Dina Deve a/p Nathan, 11, dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Mambang Di Awan disahkan meninggal dunia selepas ditemui kira-kira 24 kilometer dari tempat kejadian, manakala beberapa pelajar lain terselamat selepas berjaya berpaut pada kabel jambatan berkenaan.

Sementara itu, PAS juga berdoa semoga M Darapharshini, 11dan N Divyahshree, 12 yang dilaporkan masih hilang akan dapat dtemui oleh pasukan penyelamat hari ini.

PAS menyokong segala usaha siasatan yang dilakukan bagi mengenalpasti punca masalah ini. PAS berharap semua pihak dapat bertenang dan duduk semeja bagi membincangkan kedudukan sebenar tragedi ini.

Sumber Bernama semalam turut melaporkan bahawa Jambatan Gantung ini dibina dengan duit yang disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Daerah tanpa melalui proses kejuruteraan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kerjaraya (JKR).

Dalam hal ini PAS melihat bahawa, kekurangan dana dan tiadanya bantuan dari pihak Kerajaan sebagai punca yang pertama. Masalah ini disusuli dengan kecuaian dalam proses pembinaan dimana spesifikasi pembinaan langsung tidak mendapat pengiktirafan dari JKR, yang mengakui tidak tahu menahu dalam pembinaan Jambatan ini.

Oleh itu PAS, mengesa agar pihak Kerajaan mengeluarkan dana khas bagi membiayai pembinaan jambatan baru kelak dengan memenuhi segala spesifikasi kejuruteraan yang ditetapkan sebagai langkah penyelesaian.

Berhubung soal mencari punca, kita jelas bahawa menuding jari sahaja tidak cukup sedangkan satu nyawa sudah terkorban, dan 2 lagi masih hilang. Maka, langkah yang lebih proaktif perlu bagi pihak JKR laksanakan iaitu memeriksa tahap keselamatan semua jambatan dan fasiliti awam yang ada diseluruh negara sebelum tragedi demi tragedi dilaporkan lagi.

PAS berharap agar semua pihak khususnya agensi Kerajaan mengambil iktibar diatas tragedi ini dan tidak bersikap sambil lewa atau leka dalam memastikan keselamatan rakyat.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s