Bahasa Ketiga: Bahasa Mandarin dan Tamil patut diutamakan berbanding Bahasa Jepun


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia memandang positif hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mewujudkan Bahasa Ketiga untuk diajar di Sekolah Menengah Harian. Walaubagaimana pun, PAS meminta agar pihak Kementerian menimbangkan semula cadangan menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga yang akan diajar.

PAS tidak menafikan keperluan memperlajari Bahasa Jepun memandangkan kepesatan teknologi semasa yang banyak dipengaruhi oleh negara Jepun. Walaubagaimana pun Kementerian wajar melihat keperluan peringkat domestik di mana dalam negara ini kebanyakan rakyat bercakap dalam 4 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Cina (Mandarin), Bahasa India (Tamil) dan Bahasa Inggeris. Bahasa-bahasa lain hanya digunakan oleh kumpulan minoriti sahaja begitu juga dengan Bahasa Jepun.

PAS memahami hasrat Kementerian yang mahu meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai negara ke-12 teramai mempelajari bahasa Jepun di dunia ke kedudukan yang lebih tinggi. Tetapi kos untuk menghadirkan guru-guru pakar dari luar negara ini amat tinggi sedangkan hasil atau pun manfaat tidaklah begitu besar bagi penggunaan domestik. Jika program ini disasarkan untuk melahirkan pelajar dan tenaga kerja ke luar negara yang fasih berbahasa Jepun bagi keperluan masa akan datang, maka tumpuannya hanya untuk pergi di Jepun sahaja.

Oleh itu PAS menyarankan agar Kementerian menjadikan Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai Bahasa ketiga untuk diajar di Sekolah-Sekolah Menengah berbanding Bahasa Jepun.

Cadangan ini berasaskan realiti faktor domestik di mana rakyat negara kita terdiri kaum Cina dan India juga. Pengajaran bahasa ini akan memberikan lebih banyak kefahaman budaya dan memudahkan komunikasi antara kaum dalam negara. Selain itu ia akan memupuk perpaduan yang lebih erat kalangan semua bangsa dan jurang komunikasi antara kaum dapat dikurangkan.

PAS juga melihat bahawa penguasaan Bahasa Mandarin dan Tamil ini memberikan manfaat kepada sumber ekonomi dimana mereka yang boleh menguasai kedua-dua bahasa ini amat mudah mendapatkan pekerjaan terutamanya jika syarikat berkenaan mengkehendaki seseorang pekerja itu fasih berbahasa Mandarin atau Tamil selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Guru-guru untuk mengajar kedua-dua Bahasa ini juga tidak perlu diimport kerana kita mempunyai pakar tempatan yang ramai dan kosnya lebih murah berbanding guru-guru bahasa Jepun yang terpaksa di Import.

Selain itu, jika dinilai faktor antarabangsa jumlah penduduk dunia yang bertutur dalam kedua-dua bahasa ini lebih ramai berbanding mereka yang bercakap dalam Bahasa Jepun. Malah Mereka yang berbahasa Mandarin dan Tamil bukan sahaja berada di China dan India tapi hampir disemua negara ada. Maka jika rakyat kita melancong atau bekerja diluar negara mereka lebih mudah berkomunikasi dengan lebih ramai orang berbanding Bahasa Jepun yang agak terhad.

Janganlah kerana takut untuk melahirkan lebih ramai rakyat seperti YAB Nizar Jamaluddin di Perak, yang mampu menguasai empat bahasa utama negara ini-Bahasa Melayu, Mandarin, Tamil dan Inggeris maka Kerajaan mengambil inisiatif yang tidak bekepentingan dengan keperluan negara ini.

Sebagai menghargai kewujudan rakyat Malaysia dari kalangan masyarakat Cina dan India, wajarlah Kementerian mengangkat martabat Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai Bahasa ketiga berbanding Bahasa Jepun selepas ini. Tindakan Kementerian Pelajaran mengangkat Bahasa Jepun sebagai bahasa ketiga benar-benar membuktikan bahawa idea 1 Malaysia hanya menjadi slogan kosong Perdana Menteri dan tidak mencapai hasrat rakyat yang mahu Perpaduan dalam konteks yang lebih mendasar.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s