Konvensyen Blogger PAS 2009


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) akan mengadakan Konvensyen Blogger PAS 2009. Sehubungan dengan itu, aktivis bloggers PAS khususnya dari peringkat pimpinan Pusat, Negeri, kawasan dan ahli cawangan dipelawa bagi menghadiri konvensyen ini.

Tempat adalah terhad. Untuk pendaftaran, para bloggers diminta untuk menghantar email ke – penerangan.paspusat@yahoo.com atau hubungi Sekretariat Penerangan PAS Pusat ditalian 03-2692500 ext 310 sebelum 13 November 2009 (Jumaat).

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Nama
  • No. Ahli Pas
  • No. HP
  • Alamat Blog
  • Email

Tarikh dan tempat program akan dimaklumkan melalui email.

Sekian. Harap Maklum

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

7 comments on “Konvensyen Blogger PAS 2009

  1. Ust,

    Kalau boleh mintak sama maklumat kawasan mana, senang sikit nak buat siasatan kalau ada yang mengaku ahli tapi no ahli takdak dalan database.

    Mintak masa pendaftaran program pun takpa.

    Terima kasih-Cadangan itu akan dilaksanakan, InsyaAllah jangan lupa daftar

  2. Salam ustaz, kemasukan hadirin blogger dalam konvensyen perlu canggih & profesioal.
    cadangan teman 1. bila data bloggers yg telah diterima awal perlu disediakan tag gantung atau tag lekat pd baju agar mudah dilihat pserta,urus setia atau petugas.
    2, Semasa peserta menuntut tag ,kad pengenalan harus ditunjukkan agar peserta memang bukan pengintip atau SB.
    3. baiah beramai-ramai wajar dilakukan beramai-ramai oleh semua blogger.Bukan baiah macam dilakukan pada ahli politik PAS.

  3. salam..
    Saya penuntut tahun akhir kuliyyah syariah universiti al-azhar mansurah.Tertarik dgn kovensyen untuk blogger.Teringin bersama tetapi jarak yg memisahkan..Ala kulli hal….mabruk! satu perkembangn yg baik buat PAS.Mg akn lahir ramai blogger2 yg terbaik buat perjuangan Islam!..ana doakan dr bumi anbiya’.

  4. Aslkm, tuan saya menyokong penuh dengan cadangan tersebut. Saya juga ingin mencadangkan setiap cawangan atau negeri mengenengahkan sekurang-kurangnya seorang blogger. Blogger-blogger ini hendaklah dimanipulasikan oleh cawangan PAS supaya mesej yang disampaikan dalam blog lebih kepada unsur dakwah yang boleh mempengaruhi pembaca kepada Islam. Dengan ini lebih mudah untuk PAS menangani fitnah yang ditulis didalam blog yang berhasrat meruntuhkan Islam dan PAS. Contohi blogger yang terbaik hingga kini iaitu CINA MUSLIM kelolaan YB Idham Lim. Dalam konvensyen itu juga perlu diingatkan kepada blogger bahawa setiap coretan mereka boleh samada menaikan atau menjatuhkan imej Islam. Perlu diingat bahawa pena adalah lebih tajam dari mata pedang. Jesteru kebertangungjawaban para blogger terhadap tulisan mereka amat diperlukan. Semuga usha pihak tuan mampu menjadikan IT sebagai satu saluran PAS dalam menyampaikan Islam kepada seluruh masyarakat.

  5. Pingback: Konvensyen Blogger PAS : Daftar Segera! : Bicara Khairul Faizi

  6. As’kum ust..ana sbg blogger PAS sokong sepenuhnya program ini, mutakhir ini ramai wujud bloggers munafik. Kononnya menyokong perjuangan Islam ttp sebenarnya menjadi duri dlm daging. Diharapkan program ini berterusan, ana xdpt hadir krn ada masalah peribadi. I’Allah lain kali di panjangkan umur ana dpt menyertainya..ALLAHU AKHBAR!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s