Pakatan tolak lantik Dr M


Sinar Harian 18/11/2009

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dianggap tidak layak diberi jawatan sebagai Menteri Kanan kerana didakwa gagal menjadi pemerintah yang baik sewaktu menjawat jawatan nombor satu negara, kata pembangkang.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Idris Ahmad berkata, tiada keperluan untuk negara melantik bekas Perdana Menteri itu menjawat jawatan tersebut.

“Sudah cukup selama 22 tahun semasa memegang jawatan sebagai Perdana Menteri beliau merosakkan sistem di negara ini dari segi ekonomi, perundangan, kehakiman, hak asasi manusia, khazanah negara dan banyak lagi.

“Cukuplah 22 tahun memerintah dan melakukan kerosakan. Kita tidak mahu perkara yang sama berulang dan tiada keperluan beliau dilantik sebagai Menteri Kanan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Advertisements

3 comments on “Pakatan tolak lantik Dr M

  1. BOLEH LANTIK BAGI MENGABIH DUIT RAKYAT LEPAS ITU APA DIA KATA SUASANA EKONOMI DUNIA MURAM MAKA 1MALAYSIA TERIMA LER TEMPIAS NYA. MEMANG DASAR PENYAMUN MODEN

  2. Tuan,
    1. 22 tahun sebagai PM…enta tak boleh menafikan sumbangan Tun….sejarah adalah kebenaran dan akan kekal selama-lamanya….

    2.Apa yang telah enta buat utk agama, bangsa dan negara….itulah sepatutnya dimuhasabhkan sebelum enta berkira-kira ttg sumbangan Tun….

    3.Jgn hanya kerana politi….semuanya jadi ‘hitam’

  3. Saya rasa tiada salahnya Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Penasihat kepada kerajaan. Hujjah saudara Idris ialah Tun telah banyak melakukan kerosakan di mukabumi Malaysia. Penasihat hanya memberi nasihat dan nasihat beliau tidak semestinya diterima. Ini bukan Residen British zaman penjajah yang bertindak selaku penasihat yang wajib diterimapakai nasihatnya. Mungkin saudara memikirkan mengenai bayaran yang terpaksa dihulurkan oleh kerajaan BN kepada beliau. Namun apa yang saya rasa, Tun suka memberi nasihat walaupun pedas di luar kerajaan. Apa lagi yang Tun mahu? Cuma mahu kebebasan berfikir dan bercakap serta menulis. Tun blogger nombor satu negara. Terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s