FOKUSKAN AGENDA PARTI


 

Seorang blogger memberi tahu  saya , “Ustaz sekarang kalau tulis hentam umno dan penyelewingan  kepimpinan umno/Bn tidak mendapat respon yang baik dariapda pembaca. Sebaliknya kalau mendedahkan rahsia parti  dan dan menhentam pimpinan Pas maka ini yang mendapat tempat dan tumpuan”. Maka saya menjawab kepada beliau “inilah akibatnya kita asyik duduk hentam pemimpin Pas walaupun kononnya sayang kepada Pas. Maka inilah akibatnya”.   Seperti mana saya sebutkan dalam tulisan yang lepas, walaupun penulis blog itu kononnya simpati dengan Pas, tetapi dia kritik secara terbuka melalui laman web, bukan melalui salurannya, akhirnya Pas sudah kehilangan faktor  “Wow” yang dulunya  umno mengalami masalah ini. Sekarang musibah ini sedang menimpa Pas, terutama di gerbang maya. 

Orang atas pagar dia tidak mengatakan bahawa apa sudah jadi dengan si anu dan si anu. Sebaliknya yang mereka sebut ialah apa sudah jadi dengan Pas, teruk sangatkah Pas, kenapa hal dalam rumah tangga bertelagah di media, kenapa pemimpin Pas tidak disiplin dalam mengeluarkan kenyataan akbar. Akhirnya yang buruk ialah Pas bukan  individu dalam Pas. Sekarang bukan senang kita hendak  mencipta “faktor  wow”  yang dulunya berada di kaki kita, tetapi sekarang telah beralih kepada umno.

Orang lupa isu PKFZ  yang lesapkan wang rakyat RM12.5 Bilion. Isu siapa  pembunuh Antatuya, macamana rekod kemasukan Antatuya boleh terpadam. Kenapa tidak ada siasatan sampai  lubang cacing siapa yang padam. Bukan kah Malaysia ini antara yang hebat  dan cekap untuk menangkap penjenayah. Polis Malaysia juga hebat dengan pakar-pakar forensik sudah tentu ia mampu untuk melakukan semuanya ini.  Siapa yang memadamkan data ini mesti dicari. Kalau gagal dalam isu ini bermakna negara berada diambang merbahaya apabila rekod kemasukan seorang ke dalam negara ini boleh hilang.  Kemana pergi Balasubramaniam yang menjadi penyisat persendirian melarikan diri, sedangkan beliau adalah saksi yang paling penting dalam kes Antatuya.Kenapa orang tidka peduli dengan kenaikan harga minyak RON 97 dulu RM1.75 sen naik sampai RM2.05 sen. RON 95 yang rakyat marhain pakai tidak berkualiti harganya RM1.80 sen. Isu tidak ada bonus yang dituntut oleh kakitangan kerajaan tidak diberi. Isu stadium negeri Terengganu runtuh yang melibatkan wang rakyat hampir RM300 juta hilang begitu sahjaa dariapda rakyat. Ornag tidka peduli apabila seorang Menteri Besar dituduh bawa wang keluar negara sebanyak RM10 juta.  Isu pengkhianatan terhadap rakyat Kelantan mengenai wang ehsan menggantikan royalty adalah  lambang 1 Malaysia yang bohong satu 1Malaysia dan menindas 1Malaysia. Kesemuanya sudah hilang kerana selain daripada media perdana seperti TV dan radio dan sekarang ditambah pula dengan tulisan yang memburukkan Pas samaada oleh musuh atau oleh orang yang kononnya terlalu sayang dengan Pas sampai pecah computer untuk tulis semua masalah dalaman Pas dalam gerbang maya. Maka ia merasakan puas kerana dia sudah berjaya mangharu birukan Pas sehingga ahlinya hilang fokus, dan rakayat atas pagar melarikan diri daripada Pas. Hanya Allah sahaja yang akan membalas kerja mereka ini.

 

Sekaranglah masanya untuk kita fokos kerja buat kita untuk jangka panjang dan jangka pendek iaitu menghadapi PRU 13. Setiap orang mesti merasakan bahawa beliau ialah batu bata yang melengkapkan sebuah rumah. Sebiji bata  kalau letak ditengah jalan ia tidak menampakkan fungsinya. Tetapi berlainan apabila ia  telah diikat menjadi satu bangunan yang kukuh dan sukar untuk diroboh. Kalau roboh pun  ia akan memberi mudharat kepada orang lain. Kita jangan menjadi anai-anai dalam jamaah sehingga merobohkan sebuah bangunan yang kukuh.

Strategi kita dalam PRU 13 mesti bermula daripada sekarang. Kita mesti menang bukan kerana bergantung kepada kelemahan dan perpecahan di kalangan musuh sahaja. Tetapi kita mesti berdiri dengan kaki sendiri untuk mencapai cita-cita ini. Oleh itu tidak akan memberi apa-apa makna dalam perjuangan kita kalau kita hanya mengharapkan kemenangan dengan rasa tidak puas hati rakyat kepada umno dan Bn. Gelombang  ini adalahh faktor sementara, dan faktor ini perlu diurus dengan baik dengan kita. Perlu diingatkan bahawa kekuatan Pas selama ini adalah kerana kita mempunyai kekuatan yang tersendiri iaitu ahli dan cawangan yang banyak. Tidak mungkin kita boleh bertahan seandainya kita tidak mempunyai kekuatan yang tersendiri. Tetapi perlu diingatkan kalau kita tidak memperdulikan soal asas ini maka kita akan hancur di persada tanah air kita.

Beberapa persoalan yang mesti menjadi perhitungan kepada diri saya dan juga kepada semua ahli dan pimpinan  ialah

-Berapakah penambahan ahli baru  di tempat anda dalam usaha untuk mencapai keahlian 2 juta menjelang PRU 13

-Berapakah bilangan ahli yang di daftar pemilih untuk persiapan PRU 13.

-Adakah usrah di cawangan tuan-tuan berjalan atau tidak . Usrah adalah nadi gerakan kita, seandainya usrah tidak  berjalan maka fikrah bercelaru, ahli tidak bertambah, ukhwah retak, individu dan rumahtangga Islam tidak dapat dibentuk, ahli parti tidak menunjukkan akhlak dan peribadi yang luhur sesauai dengan parti Islam, semangat pengorbanan lemah, banyak arahan parti tidak dipedulikan, tidak faham konsep wala’ dan tahalluf. Semuanya angkara usrah diabaikan.

-Bagaimanakah keadaan Kelab Penyokong Pas di kawasan atau negeri-negeri masing.

-Bagaimana Majlis tindakan bersama di kalangan Pakatan Rakyat di tempat saudara.

-Berapa banyak wang dan dana pilihanaraya

-Adakah unit amal di kawasan saudara aktif kerana ia adalah pintu masuk ke dalam perjuangan Pas di kalangan anak muda.

-Adakah kegiatan Nisa’ aktif di kawasan masing-masing  dengan penglibatan wanita muda di kalangan  anak-anak ahli-ahli Pas.

-Berapa banyak ceramah penerangan di kawasan,  Majlis Tindakan Dun (MTD) dan Unit Peti Undi (UPU) telah dijalankan.

Jika sekiranya perkara ini kita mampu untuk dioalah dengan baik insyaAllah Pas mampu menghadapi sebarang kemungkinan dengan bala tetentera BN dan UMNO  nanti.

Tetapi ingat seandaianya kita tidak membuat persiapan ini dan memfokoskan kepada agenda parti dengan betul maka bermakna kita merancang untuk kegagalan. Kita mesti merancang untuk kemenangan dengan berkerja mengikut apa yang diarahkan oleh parti. Kita mesti bekerja sebagai kerajaan menunggu bersama rakan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang.

 

Kesimpulannya bahawa focus kepada agenda parti adalah keutamaan kita. Perjuangan di gerbang maya untuk menyebarkan mesej perjuanganPas mesti diteruskan untuk merebut peluang yang ada terutama di kalangan masyarakat yang terpelajar dan celik IT.

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s