PAS MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MELARANG KURSUS BIRO TATA NEGARA


 

PAS menyokong tindakan Kerajaan Selangor yang telah mengambil keputusan melarang kakitangan awam dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) milik negeri ini daripada mengikuti kursus Biro Tata Negara (BTN) berkuat kuasa serta merta. Ini adalah kuputusan yang bijak. Kursus Biro  Tata Negara yang dijalankan selama ini memang tidak mendatangkan faedah dan membazir wang rakyat sahaja. Biro Tata Negara yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan untuk indoktrinasi kepada peserta untuk benci kepada parti pembangkang dan menyokong umno/bn sahaja. Modul yang diselit ialah kononnya negara sedang mengalami ancaman perkauman. Kuasa Melayu semakin terhakis. Ini adalah modal lapuk yang dihidangkan kepada para peserta.

Pas juga kesal apabila  pensyarah yang hendak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran MA dan Phd perlu lulus kursus Biro Tata Negera. Mereka yang tidak sealiran tidak akan mendapat biasiswa walaupun akademik mereka cemeralang inilah yang pernah dialami oleh Saudara Ramadhan Fitri  Alias bekas Presiden Mahasiswa Universiti Malaya walaupun beliau mendapat kelas pertama dan sijil dekan setiap semester. Tetapi apabila kursus Biro Tata Negara beliau gagal, kerana tidak memenuhi cita rasa golongan primitif maka beliau tidak layak mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi. 

 

 

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

2 comments on “PAS MENYOKONG KERAJAAN SELANGOR MELARANG KURSUS BIRO TATA NEGARA

  1. Kursus BTN tidak disenangi kerana dalam sukatan kursusnya disebutkan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan. Namun disebutkan juga peranan parti PAS yang menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Reid yang mengemukakan beberapa perkara menyentuh hak istimewa demi kepentingan bangsa Melayu. Alangkah baiknya kalau PAS kini masih boleh mengemukakan pandangan yang membina walau kritikan pedas yang melazatkan demi survival Islam = Melayu = Islam.

  2. Salam Perjuangan kepada Ustaz Idris Ahmad,

    Saya amat tertarik dengan penulisan dan saranan terutamanya perjuangan umat Islam dan Bumiputra.

    Anda mempunyai sifat perjuangan dan kepimpinan yang jelas. Di sini saya juga ingin mengajak anda melihat perjuangan HPA, Produk Halal Tanggungjawab Bersama.

    Sila lawati web saya utk mengetahui serta menyertai pelbagai aktiviti pembangunan ummah.

    Terima kasih and jumpa lagi!
    http://myhpafamily.blogspot.com/
    Nazrin

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s