Pemimpin Politik dan NGO Jangan Cetuskan Sentimen Agama


Kenyataan Media

Secara umumnya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru agar semua pemimpin politik dan NGO di negara ini agar tidak mencetuskan sentimen yang boleh ditafsirkan sebagai menyentuh sensitiviti mana-mana agama yang tinggal dalam negara kita ini. Kita juga menyeru agar semua pihak menghormati hak dan kebebasan setiap agama yang dijamin dalam Perlembagaan Negara bagi mewujudkan suasana harmoni dalam masyarakat.

PAS menghormati hak umat Islam dan penganut agama lain sesuai dalam Artikel 11, tentang Kebebasan Beragama* dalam Pelembagaan Persekutuan. Dan jelas di sana setiap penganut agama, berhak mengurus tadbirkan agama masing-masing tanpa menganggu kepentingan penganut agama lain.

PAS menasihatkan agar semua pemimpin politik dan NGO dapat bertenang dan tidak menjadikan isu ini sebagai alasan untuk menidakkan hak setiap penganut agama di negara ini. Sama ada mereka Islam atau tidak, jika kita ada rasa hormat sebarang masalah boleh diselesaikan.

PAS melihat isu yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Taiping berkaitan dengan pengagihan dana untuk pembinaan masjid sebenarnya adalah satu dari bukti nyata bahawa kerajaan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional selama ini gagal dalam memberikan penjelasan terhadap kaedah yang dilaksanakan dalam isu pemberian dana dan bantuan kepada rakyat pelbagai agama dan kaum dalam negara ini. PAS bertegas bahawa Islam mampu memberikan keadilan pada semua dan menolak sebarang tindakan menzalimi penganut agama lain.

Oleh itu, PAS berharap agar isu mengenai peruntukan terhadap Institusi Islam tidak menjadi bahan pertikaian dan polemik. PAS juga tidak menolak tuntutan penganut agama lain bagi mendapatkan hak mereka secara adil dan kita yakin perkara ini boleh dibincangkan secara bijak dengan mengambil contoh terhadap apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan PAS di Kelantan selama hampir 20 tahun ini.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

*Rujukan Perlembagaan Negara:

Artikel 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—

(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral.

 

Advertisements

One comment on “Pemimpin Politik dan NGO Jangan Cetuskan Sentimen Agama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s