Mufti Perak perlu kembali menjadi Mufti Islam bukan Mufti Melayu-Umno


Kenyataan Media

Parti Islam SeMalaysia (PAS) kesal dengan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang kini bersuara sebagai Mufti Melayu-Umno bukan lagi Mufti Islam. Tuduhan beliau bahawa pemimpin Pakatan Rakyat mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan agama Islam adalah jelas menunjukan bahawa beliau tidak memahami siasah yang berlaku hari ini.

Sehingga ke hari ini belum ada mana-mana pemimpin Pakatan yang dijatuhkan hukuman bersalah oleh Mahkamah atau dimurkai Sultan kerana kononnya menghina atau mempersoalkan kedudukan raja- raja Melayu dan
agama Islam.

PAS kesal kerana beliau gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin Umno di Perak awal tahun ini. Beliau juga dilihat hanya bercakap dalam soal-soal yang menyentuh kepentingan pemimpin Umno bukan lagi soal-soal umat Islam yang terdiri dari pelbagai kaum. Beliau sepatutnya mengeluarkan hukum apakah halal elaun yang dimakan oleh dua wakil rakyat yang belot, hasil daripada bertanding atas tiket PKR.

Isu perpaduan Melayu yang beliau sentuh pada hari ini memperjelaskan lagi kedudukan beliau yang kini condong kepada hukum perkauman bukan lagi hukum Islam. Sesunguhnya Islam amat mengalakkan umat Islam bersatu walau apa jua bangsa dan kaum mereka serta tidak menindas kaum atau mereka yang berlainan agama.

Perlu dijelaskan juga bahawa Perlembagaan Negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam dalam negara ini bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalah gunakan oleh pemimpin yang zalim.

Malah Islam juga tidak membataskan atau melarang umat Islam menegur pemimpin jika mereka tersalah membuat pertimbangan. Pakatan di Perak jelas tidak pernah menderhaka kepada Sultan. Jika perkara ini ada dilakukan, maka sudah pastilah Sultan akan menghukum mereka. Soalnya kenapa perkara ini tidak berlaku?

Rakyat Perak dan umat Islam diseluruh negara harus bersatu dalam konteks perjuangan Islam, bukannya perkauman sempit yang terbatas kalangan Melayu sahaja. Kita tidak mahu Umat Islam hari ini membuang saudara-saudara mereka hanya kerana mereka bukan Melayu. Kita juga tidak mahu umat Islam membenci umat agama lain kerana taksub politik atau fahaman perkauman sempit.

PAS berharap agar Mufti Perak kembali menjadi Mufti Umat Islam bukan lagi Mufti Melayu-Umno kerana yang memuliakan seseorang Mufti itu adalah Allah bukannya pemimpin Umno. Contohilah mantan Mufti Selangor, Allahyarham Dato’ Ishak Baharom yang berani bersuara walaupun beliau dipecat dari jawatannya.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “Mufti Perak perlu kembali menjadi Mufti Islam bukan Mufti Melayu-Umno

  1. Mufti tu sebenarnya nak sedarkan PAS…dalam keadaan masyarakat yg majmuk…adalah sedikit sifat hormat menghormati. Jangan dok main lanyak sedap mulut jer.

    Sebab nak harapkan PAS sedar sendiri, ntah bila lah. Kadang2 org2 Melayu(Islam) atas pagar dok perati…apa kerja PAS ni? Tukang senyap DAP ke? Kesian. Ckplah berbuih2 mcmana sekalipun tapi persepsinya begitulah. Melayu ramai yg was was dgn DAP berbanding dgn MCA atau Gerakan. Takan org PAs tak pernah dgr istilah “the devil I know”.

    Sure kita org Melayu ni kurang pemahaman Islam tapi takan tak boleh guna kebijaksaan. Biarlah PAS dan DAp dilihat sebagai saling melengkapi bukannya sebagai tukang lawan DAP.

    Kata nak menang….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s