Harussani condong bela UMNO: Pas


SHAH ALAM, Sinar Harian, 16 Dis 2009 – Pas mendakwa Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria lebih condong membela UMNO apabila menuduh pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, pemimpin PR tidak pernah menderhaka kepada raja-raja Melayu dan buktinya, Sultan Perak tidak pernah mengambil tindakan kepada PR walaupun pernah dituduh mempersoalkan tindakan baginda.

Menurutnya, Harussani juga gagal untuk memberikan pandangan hukum terhadap tragedi rampasan kuasa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO di Perak, sebaliknya hanya bercakap mengenai kepentingan UMNO sahaja.

“Beliau hanya bersuara sebagai mufti Melayu-UMNO, bukan mufti Islam. Beliau juga condong kepada hukum perkauman apabila menyentuh isu perpaduan Melayu.

“Perlembagaan negara tidak pernah menghalang rakyat yang bukan Islam bertanyakan hak mereka atau menegur jika hak mereka disalahgunakan,” katanya.

Kelmarin, Harussani mendakwa tindakan beberapa pemimpin pembangkang yang mempersoalkan kedudukan raja-raja Melayu dan agama Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan berlaku sekiranya orang Melayu bersatu.

Idris berkata, rakyat Perak dan umat Islam di seluruh negara harus bersatu dalam konteks perjuangan Islam yang tidak pernah mengabaikan sebarang kaum dan hak penganut agama lain.

“Pas berharap agar beliau kembali menjalankan tugasnya dengan adil tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik,” katanya.

Sementara itu Harussani ketika dihubungi berkata, terpulang kepada Pas untuk menggelar dirinya sebagai mufti Melayu-UMNO kerana bertanggungjawab untuk menegur mana-mana pihak demi kebaikan dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.

“Jangan mempersoalkan tindakan raja-raja Melayu dan agama Islam kerana ini adalah tunggak Negara dan tindakan mereka ini sama seperti mahu menghancurkan bangsa sendiri hanya kerana kepentingan politik semata-mata.

“Saya sangat menekankan perpaduan Islam khususnya orang Melayu dan tidak mahu berlaku perpecahan hanya disebabkan perbezaan fahaman politik,” katanya.

Beliau berkata, tindakan pemimpin PR menyentuh isu sensitif sudah melampau dan beliau berhak menegur daripada membiarkan perkara itu terus berleluasa.

“Kita dapat melihat contoh yang berlaku di negara jiran apabila sentimen perkauman dibangkitkan dan akhirnya rakyat yang akan menderita. Jangan sampai perkara yang sama berlaku kepada Negara kita dan masih belum terlambat untuk mencegah perkara ini,” katanya.

Advertisements

2 comments on “Harussani condong bela UMNO: Pas

  1. ALLAH SWT. menyebut janganlah kamu menzalimi orang lain dan takutlah kamu akan doa org2 yg dizalimi. APA MAKNA? kalau yg kena zalim tidak boleh doakan yg buruk pd yg buat zalim, hanya boleh doakan kebaikan, pasti ALLAH SWT. akan suruh kita buat zalim, dan nanti orang yg kena zalim akan doakan kebaikan untuk kita. APALAH BODOH SGT ORANG2 UMNO. MUFTI PUN SAMA!!! PASTILAH ORG YG KENA ZALIM, AKAN DOAKAN KEBURUKAN,SBB TU ALLAH SURUH KITA TAKUT DAN JGN BUAT ZALIM. SAMA2 KITA DOAKAN BIAR UMNO HANCUR SAMPAI PECAH PERUT!!! TAKBIRRRRR!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s