KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E MACAM HILANG KOTAK MANCIS


Pas merakamkan rasa kesal dan bimbang terhadap tahap keselamatan negara kita atas kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E bernilai kira-kira RM50 juta milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Beberapa persoalan yang boleh ditimbulkan kepada kerajaan dan Kementerian Pertahanan.

Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007. Apakah tahap keselamatan negara kita begitu lemah. Enjin kapal terbang bukan boleh diletak di dalam kotak mancis, macam mana enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah.

Ia pula dibawa ke luar negara, bukan dijual kepada peniaga besi buruk Kampung Chu Badak Sentul Pas yakin jenayah ini mesti melibatkan orang yang berkuasa dan perlu disiasat dengan segera dan teliti. Kita tidak mahu yang ditahan hanya ikan bilis, sedangkan ikan jerung masih bermaharajalela.

Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia, terutama di kalangan pelabur asing. Persitiwa ini adalah jawapan kenapa indeks rasuah negara meningkat dari setahun kesatahun, contohnya pada tahun 2008 Malaysia menduduki nombor 47 manakala tahun 2009 meningkat pada nombor 56.

Sebab itu Pas dan Pakatan Rakyat serius dalam menentang rasuah di negara ini kerana kita tahu bahana kepada negara dan rakyat. Keselamatan negara akan tergugat apabila gejala rasuah tidak dihapuskan dan ia merupakan ibu segala kejahatan dalam sebuah negara.

Advertisements

5 comments on “KEHILANGAN ENJIN PESAWAT F-5E MACAM HILANG KOTAK MANCIS

  1. bodoh piang…

    “Kenapa sekarang baru kerajaan sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007.”

    cek la fakta sebelum menulis gampang….ko memang bododh. bukan sekrang baru kerajaan sedar lah. krajaan dah tahu lama cuma media jer baru laporkan.

    ko org hadi kan…tapi terpaksa tunjuk pro anwar sebab takut erk? hehehe..ptuih…mulut ko memang macam cibai bila bg statement. ketua penerangan terbodoh dalam sejarah pas

    • Memang betul tu kolonel…..kerajaan dah tahu lama dah…..tapi nak sorok juga tapi ada ahli parlimen yang prihatin membangkitkan dalam sidang parlimen lepas tu barulah media keluarkan berita tu sebab tak dapat nak tutup dengan nyiru lagilah tu. Tapi jaga sikit adab berbicara jgn jadi macam di kedai kopi kampung…..

  2. Kepada Kolonel Mat:

    Yg bangang sebenarnya anda sendiri.. Buat2 bangang.

    Dlm PAS x ada istilah org Hadi ke.., org Nik Aziz ke.., kalau dlm UMNO karat ada istilah mcm tu.

    Mulut kau lagi teruk sebab x ada adab. Kalau x setuju pn jgn la lacurkan adab dlm berbicara.

    Anda adalah Kolonel yg terbodoh dlm sejarah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s