PAS mahu Kerajaan mansuhkan caj ePCO


Kenyataan Media

Parti Islam SeMalaysia mahu Kerajaan memansuhkan caj perkhidmatan Electronic Preferential Certificate of Origin (ePCO) yang kini menimbulkan ketidakpuashatian kalangan syarikat-syarikat pengeksport dan pengimport dari Malaysia.

Sistem ePCO dilaporkan bermula tanpa sebarang caj pada Oktober 2008. Walaubagaimana berdasarkan laporan dari beberapa syarikat, sistem ePCO yang dikhususnya bagi mengendali perkhidmatan pengeluaran Permit Eksport dan Import (AP) di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini telah dikenakan bayaran sejak 25 September 2009 tanpa sebarang makluman dibuat. Pelanggan hanya mendapat Bil berkenaan pada November 2009 tanpa sebarang notis.

Pengendali sistem itu, Dagang Net Tecnologies Sdn. Bhd. telah mengenakan bayaran sekitar RM 200-RM500 untuk pendaftaran, RM 200 untuk mengunakannya modulnya dan RM 5 bagi setiap transaksi yang diluluskan. Jika setahun syarikat membuat 1000 transaksi bermakna mereka akan dikenakan caj sebanyak RM 5,000 hanya untuk urusan transaksi sahaja dan jumlah-jumlah ini tidak termasuk kos latihan mengunakan sistem ini, kos borang AP, sewa gudang, caj Kastam dan lain-lain caj yang dikenakan oleh Kerajaan.

Bayangkan, di Malaysia terdapat puluhan ribu syarikat yang akan mengunakan sistem ini bagi tujuan eksport import dan ke semua caj itu kena dibayar terus kepada DagangNet setiap tahun walaupun Kerajaan sebelum ini sudah membayar jutaan ringgit bagi kos pembangunan sistem itu kepada DagangNet.

PAS juga dimaklumkan bahawa kebanyakan pelanggan yang rasa tertipu telah memohon untuk membuat permohonan secara manual iaitu melalui kaunter yang mana tiada sebarang bayaran dikenakan, tetapi pihak MITI enggan membenarkan mereka. Tindakan ini sekaligus dilihat cuba menghalang hak mereka untuk melakukan aktiviti eksport import dan ini merugikan ekonomi negara.

PAS telah menghubungi pihak MITI namun pegawai-pegawai MITI menafikan bahawa mereka bertanggungjawab dalam soal menentukan caj berkenaan dan meminta semua pengadu merujuk kepada Kementerian Kewangan. Namun Kementerian Kewangan menolak isu ini kerana ia adalah dibawah bidang kuasa MITI. Para pelanggan kesal kerana kedua-dua pihak berdolak dalih dan enggan bertanggungjawab.

Oleh itu PAS bagi pihak pelanggan malang ini mempersoalkan sistem perkhidmatan Kerajaan yang tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan sebarang jawapan terhadap apa yang dibuat oleh DagangNet.

PAS mendesak agar kerajaan memansuhkan kadar caj yang dikenakan atau memberikan penjelasan yang sewajarnya kenapa Kerajaan gagal memberikan maklumat kepada rakyat khususnya para peniaga berkenaan perkara ini. PAS berharap agar kerajaan tidak menindas pihak-pihak yang ingin membantu meningkatkan ekonomi negara dengan mengenakan pelbagai bayaran yang akhirnya merugikan perniagaan mereka.

Kita tidak mahu kerajaan Malaysia dilihat sebagai ‘lanun darat’ yang membantu kroni pihak tertentu untuk menyediakan pelbagai ‘tol’ sebelum sesuatu urusniaga eksport import dilakukan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “PAS mahu Kerajaan mansuhkan caj ePCO

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s