Halang beri laporan media perkara lama


KUALA LUMPUR, Utusan Malaysia 27 Dis. – Ketetapan yang membenarkan hanya pemimpin tertentu dalam Pas mengeluarkan kenyataan media bukannya perkara baru tetapi ia telah diamalkan secara meluas oleh parti itu sebelum ini.

Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad berkata, perkara itu tidak wajar dipolitikkan oleh pihak tertentu dengan mendakwa ia merupakan mekanisme baru parti bagi mengawal media daripada melaporkan berita yang boleh membawa imej buruk kepada Pas.

Menurut beliau, ketetapan itu telah diputuskan oleh mesyuarat Majlis Syura Ulama sebelum ini bertujuan mengelak berlaku percanggahan kenyataan kepimpinan Pas terutama membabitkan dasar penting parti.

“Mekanisme itu sudah ada. Ia bertujuan mengelak percanggahan. Mesyuarat itu menetapkan hanya kepimpinan tertinggi sahaja yang boleh mengeluarkan kenyataan berkaitan dasar bermula daripada presiden, timbalan presiden, naib-naib presiden, setiausaha agung dan ketua penerangan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Idris diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa bahawa parti itu akan menggunakan mekanisme khas yang menetapkan hanya pemimpin tertentu dibenar mengeluarkan kenyataan media.

Nasharudin dilaporkan berkata demikian oleh sebuah portal berita Internet ketika sesi soal jawab pada program Munaqasyah Ucapan Dasar Muktamar Tahunan Pas ke-55 bagi Pas Pengkalan Chepa, Kelantan, malam tadi.

Dalam pada itu, Idris turut mengingatkan pemimpin dan ahli Pas agar jangan terlalu ghairah menggunakan blog untuk menyuarakan pendapat yang dilihat bercanggah dengan sesetengah dasar parti dan pakatan pembangkang.

“Bagaimanapun mereka bebas memberi pendapat dan pandangan, tetapi kita beri nasihat dan peringatan supaya setiap bahan yang ditulis itu perlu selari dengan dasar parti,” katanya.

Mengulas tindakan anak Mursyidul Am Pas, Nik Amalina Nik Abdul Aziz yang menggunakan blog untuk mengkritik kepimpinan Pas Kelantan dan kerajaan negeri, Idris berkata, media perlu bertanggungjawab untuk tidak memetik kandungan blog tersebut.

Ini kerana jelasnya, blog berkenaan tidak mempunyai autoriti kerana Nik Amalina bukan pemimpin tertinggi parti tetapi sekadar penyokong sahaja.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s