Kempen Pengkhianat- Belum lancar, Umno sudah tertekan


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) melihat Umno kian tertekan dengan agenda Kempen Umno Pengkhianat rakyat yang bakal di lancarkan bulan hadapan. PAS telah menetapkan tarikh pelancaran lebih awal iaitu pada 9 Januari 2010 dan Umno juga terdesak mengikuti rentak PAS dan melancarkan kempen mereka pada tarikh yang sama.

Jelas disitu bahawa Umnolah yang iri hati pada PAS bukannya PAS kerana hasrat kita adalah untuk mendedahkan segala pengkhianatan mereka. PAS tidak akan berdiam diri melihat rakyat terus tertipu dengan kempen Umno Juara Rakyat, kerana rakyat perlu tahu sikap sebenar Umno terhadap mereka.

Kempen tahun hadapan bukan untuk menentang Umno sahaja, tetapi untuk seluruh organisasi Barisan Nasional yang sememangnya Barisan Nazak sekarang. Kempen Umno Pengkhianat Rakyat akan dilancarkan dalam Seminar Penerangan Isu-Isu Semasa PAS pada 9 Januari 2009 bertempat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam.

Seminar ini akan dihadiri oleh;

  • Ahli Majlis Syura Ulama
  • Ahli Jawatankuasa Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama’ Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Pusat
  • Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat Pas  Pusat
  • Dewan Harian Badan Perhubungan Negeri-Negeri
  • Setiausaha Lajnah Penerangan Badan Perhubungan Negeri-Negeri/WP //
  • Ketua Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri-Negeri
  • Setiausaha Penerangan Dewan Ulama’/Pemuda/Muslimat Negeri
  • Ahli Jawatankuasa Lajnah Penerangan Dan Dakwah Pas Pusat
  • Ahli  Parlimen
  • Ahli Dewan Negara
  • Adun-Adun
  • Yang Di Pertua PAS Kawasan
  • Setiausaha PAS Kawasan
  • Ketua Penerangan Kawasan.
  • Setiausaha Penerangan KawasanKomitmen dari setiap peserta dan seluruh jentera PAS bagi memastikan maklumat-maklumat penting sampai kepada rakyat menjadi keutamaan. Umno dan BN akan terus tertekan dan mengelupur hingga ke akar umbi dengan usaha dan kerja keras dari setiap mereka yang bergelar ahli dan penyokong PAS.

    Adalah menjadi tanggungjawab PAS untuk mengantikan Umno sebagai juara rakyat dan memastikan rakyat benar-benar mendapat pembelaan dan bukannya dizalimi seperti yang berlaku dalam isu royalti di Kelantan dan diseluruh negara sekarang.

    Ust. Idris Ahmad
    Ketua Penerangan PAS Pusat

  • Advertisements

    3 comments on “Kempen Pengkhianat- Belum lancar, Umno sudah tertekan

    1. Solat Sunat Al Khusuf di Masjid Negara/Masjid Taman TAR/Masjid Al Falah

      Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa anjuran Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) dengan kerjasama Masjid Negara, Kuala Lumpur akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:

      Program Pencerapan Gerhana Bulan Separa
      Bertempat Perkarangan Masjid Negara
      Tarikh 1 Januari 2010 bersamaan 15 Muharram 1431H (Jumaat-Malam Tahun Baru 2010)

      1.00 Pagi hingga 6.00 Pagi

      Aturcara Program adalah seperti berikut :

      Pencerapan Gerhana Bulan Separa
      Pencerapan Planet Zuhal dan Marikh
      Pameran Bulan
      Solat Sunat Gerhana Bulan
      Khutbah Khas Gerhana Bulan
      Pertandingan Kuiz
      Sehubungan itu, orang ramai adalah dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ianya adalah PERCUMA

      SOLAT SUNAT GERHANA BULAN DI MASJID TAMAN TAR

      http://wp.me/piAx4-11V

      PROGRAM DI MASJID AL FALAH :

      http://wp.me/piAx4-11T

    2. salam ya ostat.

      kalau umno itu pengkhianat rakyat itu normal,
      sebab mereka tidak berpaksi kepada Islam dalam permikiran serta percakapan harian mereka.
      kalau umno tu makan rasuah…bolot projek…tikam kawan..hatta apa jua pekara yg melanggar hukum Allah, saya rasa itu sudah tidak menjadikan satu pandangan yg menjijikan pada mereka …itu biasa.
      kerana mereka tidak kenal apa itu WAHAN.

      Tapi amatlah malangnya apabila orang yg mengaku berjuang kerana Islam…duduk dalam parti yg ada perkataan Islam, ( menang pulak pilihanraya atas tiket PAS)…berceramah sampai teggang urat leher..kelek kitab kuning sampai kuning ketiak..kitab sampai berbau ketiak..tapi bila sampai ujian Allah dgn sedikit kuasa, buat pekara yg sama dgn umno buat…apa sudah jadi ni..

      Dulu kutuk umno kapir. saya sgt bersetuju dgn hj hadi waktu itu..alasan saya dia tidak mengkafirkan orang umno tapi kepada umno itu sediri..kerana uslub umno itu jelas kafirnya.
      la ni berhasrat untuk meminang umno,… apasal tak dak ke “gadis” lain selain umno untuk d nikahi pas?

      bergabung dgn PKR n DAP ok jer kalau kita lead depa. tapi amat malang pada pengamatan saya kita dah jadi no 3 dalam membuat apa saja keputusan.

      mungkin selepas ini akan ada istilah Islam zimmi atau Islam harbi .

      kalau beginilah cara pas mentarbiah rakyat…jangan harap Islam akan tegak Di bumi Malaysia ini melalui cara pas.demokrasi haprak…seperti seorang pembohong sedang membongkar pembohongan orang lain.

      ya ostat,
      tolong sampaikan pada pimpinan pas…tolong BIKIN SERUPA CAKAP.

      Daripada Amiril Mukminin Abu Hafs Umar Ibn Khattab r.a., katanya “Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, hanya segala amal itu dengan niat dan hanya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa hijrahnya kepada dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada akan yang ia inginkan.”

      (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s