PAS mendesak Kerajaan Serius Tangani Gejala Pendatang haram


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak Kerajaan agar mengambil langkah serius dalam menangani gejala pendatang haram yang tinggal lebih masa dikalangan warganegara asing. Penyalahgunaan visa waktu ketibaan (Arrival Visa) bukanlah isu baru.

Telah banyak penyalahgunaan visa ketibaan dilaporkan melibatkan warganegara India, China, Nepal, dan Nigeria didalam negara , namun PAS tidak melihat kesungguhan Kerajaan dalam hal ini.

Disekitar Kuala Lumpur sahaja kita boleh melihat begitu ramai warganegara asing yang tinggal secara haram. Kebanyakan rakyat India yang berada lebih masa dinegara ini dilaporkan bekerja secara haram direstoran, kedai gunting rambut, ladang dan pasar-pasar borong.

Rakyat China pula, terutamanya kalangan kaum wanita banyak bekerja secara haram dipusat-pusat hiburan sebagai teman sosial dan juga pekerja seks.

Rakyat Nepal pula didapati begitu banyak bekerja secara harap dikawasan Pasar Borong dan juga pasar-pasar malam yang dahulunya dikuasai oleh warga Bangladesh.

Manakala rakyat Nigeria pula kebanyakkan tinggal melebihi masa dan menjual barangan tiruan serta melakukan jenayah bagi menyara kehidupan.

Kehadiran mereka tanpa dikesan oleh pihak Imigresen ini adalah satu ancaman kepada masyarakat. Keselamatan rakyat dan peningkatkan jenayah sosial menjadi prioriti dalam usaha membanteras pendatang haram ini. Jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa beliau tidak tahu di mana 39,046 warganegara India yang dilaporkan ‘hilang’ di Malaysia menjelaskan lagi sikap ketidakbertanggungjawaban kerajaan. Memang malang jika Perdana Menteri juga tidak tahu, kerana beliau memiliki seluruh jentera Kerajaan untuk memberitahunya.

Dulu semasa Kes Altantuya, beliau dan Imigresen juga tidak tahu. Malah rekod kemasukan Altantuya juga tiada, tetapi akhirnya negara kecoh Altantuya dibunuh mengunakan C4 di Shah Alam. Ramai warganegara asing dinegara ini, tetapi Kerajaan tidak tahu apa-apa. Ini adalah satu misteri yang belum terjawab.

Oleh PAS, mahu Kerajaan mengambil pendekatan yang tegas dengan menghapuskan Visa Ketibaan ini dan mengantikannya dengan Visa Pelancong atau Pelajar. PAS juga mahu pihak Imigresen mengiatkan operasi memburu pendatang haram ini disamping memperbaiki sistem rekod kemasukan warganegara asing dinegara ini.
– Hide quoted text –

Rekod-rekod kehadiran warganegara asing ini seperti dimana mereka tinggal dan apa tujuan mereka memasuki negara ini wajar diambil perhatian serta disemak setiap kali tempohnya telah tamat dengan mengadakan lawatan ke premis-premis yang telah dinyatakan oleh mereka semasa memasuki negara ini.

Kerjasama semua pihak termasuk rakyat juga amat perlu bagi mengurangkan beban kemasukan pendatang haram ini dan kita mahu Kerajaan mengunakan saluran diplomasi tetapi tegas dalam menangani isu ini kerana hingga ke hari belum ada rekod yang menunjukan kesan pemulihan terhadap isu ini.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s