Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1


Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan. Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.

PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

4 comments on “Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1

  1. Daripada mana pula datang angka 1.3 bilion itu?

    1.3 Bilion adalah nilai wang yang sepatutnya dibelanjakan kerajaan untuk subsidi gula bagi tahun 2010. Penghapusan subsidi telah mengapungkan nilai 1.3 bilion itu utk projek lain termasuklah bagi promosi F1

  2. Assalamualaikum Ustaz,

    Bagaimana nak mengatakan bahawa kerajaan telah berjimat 1.3 bilion, sedangkan 1.3 bilion itu adalah anggaran keseluruhan subsidi gula.
    Kenaikan 20 sen bukanlah keseluruhan subsidi gula telah ditarikbalik.

    Betul 1.3 Bilion adalah subsidi gula, tapi tidak digunakan sebab subsidi gula dihapuskan. Bila tidak digunakan duit 1.3 Bilion masuk balik dalam dana awam dan ini dianggap penjimatan kerana duit yang septutnya dibelanjakan tidak digunakan kerana perubahan dasar. Malangnya ia dibazirkan untuk tampung kos F1 yang tidak berfaedah

  3. Tetapi penghapusan subsidi gula itu tidak berlaku, yang berlaku hanya kenaikan 20 sen.

    Harga guna naik 20 sen selepas kerajaan tarik balik subsidi gula 20 sen sekilo. Selama ini gula yg diterima rakyat adalah gula yg sudah mendapat subsidi sebanyak 20 sen, jadi bila kerajaan tarik subsidi itu, maka harganya naik dan pengguna kena bayar baki 20 sen yg sudah tdk di subsidikan.

    Subsidi merupakan bayaran yg dibuat kerajaan bagi mengurangkan harga sesuatu barang dipasaran berbanding harga sebenar. Harga sebenar gula adalam RM1.65 tetapi setelah kerajaan bayar subsidi, ianya menjadi RM1.45…tetapi bila tarik balik, maka harganya kembali RM 1.65, dr segi ekonomi ianya bukan naik harga tapi kembali kpd harga sebenar.

    Sewajarnya gula yg merupakan barangan pengguna utama kekal disubsidikan sbg tanggungjawab kerajaan kpd sumber makanan rakyat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s