Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi


Kenyataan Media

Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau hampir dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius digerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.

PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.

PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.

Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

One comment on “Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi

  1. Assalammualaikum ustaz,

    Sebagai ahli Pas, saya ingin berkongsi pandangan mengenai usaha mendaftar pengundi baru atau menarik sokongan golongan muda. Apa yang perhatikan sekarang, usaha ini tidak digembeling secara padu/tersusun setiap peringkat. Sepatutnya ahli-ahli perlu mendaftarkan anak-anak dan keluarga terdekat mereka sebelum membantu golongan atas pagar. Mesti ada arahan muktamat dari Pusat untuk tugas ini!

    Saya juga melihat ketrampilan Ketua Pemuda Pusat sekarang agak ‘more Taliban’ yang mungkin menyukarkan orang baru dan bukan melayu untuk bersama. Berbanding gaya Salahuddin Ayob sebelum ini yang kelihatan menarik dan terbuka. Saya menyarankan pihak pusat melihat perkara ini segera. Begitu juga peranan Dewan Pemuda dan Muslimat untuk mendekati orang ramai.

    Masih ramai kaum wanita dan anak gadis tidak berminat dgn Pas sebab kurangnya pendedahan dan gaya pimpinan terlalu ‘Islamic’ yang menyebabkan mereka yang kurang tarbiah Islam tidak tertarik kepada Pas. Adakah tiada lagi gerakan pelajar pro Pas yang aktif di IPT sekarang? Sebagai contoh, anak-anak saya masuk IPTS tetapi dinyatakan tiada pergerakan pro Pas di sana. Harakah tidak dibeli dan dibaca oleh anak-anak ahli atau anak muda lain sebab tiada yang menarik di mata anak muda. Sebaliknya akhbar suara Keadilan lebih menarik.

    Kenapa tidak cadangkan supaya Harakah menerbitkan majalah berkala atau sisipan yang memaparkan aktiviti semasa golongan muda ( tidak terlalu berbahasa politik)?

    Harakah mengadakan seminar untuk murid/pelajar yang akan menghadapi UPSR/PMR dan SPM, panggil pimpinan untuk rasmi bagi mendekatkan ibubapa dan pelajar kepada Pas. Letakkan bayaran yuran paling rendah demi jihad, misalnya kalau pelajar 17 tahun sekarang didekati bermakna 5 tahun lagi mereka boleh mengenali Pas untuk undi.

    Terima kasih..akan diforwardkan kpd yg bkenaan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s