Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Hasil negeri

Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.

Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Peruntukan Untuk Institusi Islam

Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Kontraktor Melayu tidak diabaikan

Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam Pilihanraya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat dinegeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

3 comments on “Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan

  1. Kalau Melayu PP terbela kenapa gerai2 peniaga Melayu sahaja yg dirobohkan?

    Saudara boleh membaca penjelasan berikut.

    Kenyataan Media Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan TempatanDan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau PinangPada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

    KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMANDALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

    Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu. Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan penguatkuasaan.

    (I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT

    Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah seperti berikut:

    Tahun Melayu Cina India Tidak Diketahui
    2008 3 2 1 2
    2009 4 3 2 4
    2010 2 0 0 0

    Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.

    Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi ditangguhkan.

    Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town. Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya. Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan. Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan dimulakan.

    (II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA

    Tahun Melayu Cina India Tidak Diketahui
    2007 1 0 0 0
    2008 0 0 0 0
    2009 0 5 2 0

    Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.

    (III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG

    MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang Undang Kecil.

    (a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

    Tahun Melayu Cina India
    2006 84 58 16
    2007 65 35 11
    2008 132 110 17
    2009 152 84 17

    Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan perobohan gerai.

    (b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat

    Tahun Melayu Cina India
    2009 23 3 2

    (c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)

    Tahun Melayu Cina India
    2006 106 46 16
    2007 106 51 21
    2008 50 13 12
    2009 38 21 15

    Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain. Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada zaman pemerintahan Barisan Nasional.

    (d) Kacau Ganggu – Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam

    Tahun Melayu Cina India
    2006 3 1 26
    2007 3 1 13
    2008 4 0 14
    2009 6 0 8

    (e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974

    Tahun Melayu Cina India
    2008 1 16 1
    2009 9 40 5

    (f) Notis Keluar – Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP

    Tahun Melayu Cina India
    2008 219 103 46
    2009 78 52 26

    (g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)

    Tahun Melayu Cina India Jumlah
    2008 785 1,082 196 2,063
    2009 815 1,727 247 2,789

    Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.

    Jenis Lesen

    Tahun 2008
    Melayu Cina India Jumlah
    Pasar 369 1,724 118 2,211
    Kompleks 627 741 78 1,446
    TPS 422 1,826 104 2,352

    Jenis Lesen Tahun 2009
    Melayu Cina India Jumlah
    Pasar 391 1,660 119 2,170
    Kompleks 464 538 62 1,046
    TPS 449 1,843 105 2,397

    Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak mematuhi mana mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.

    Tahun 2008 Tahun 2009
    Establishment Makanan 1,661 1,325
    Tred Perniagaan/Industri 488 566

    * Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.

    Rumusan

    (1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.

    (2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan kaum.

    (3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman ( non compliance ). Di seluruh Negeri Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.

    (4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak benar.

    Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah seperti berikut: Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008

    Bil. Kontraktor Sebut Harga Tender
    Bumiputera Bukan Bumiputera Bumiputera Bukan Bumiputera
    1. Bekalan 29 5
    2. Perkhidmatan 26 26 1
    3. Kerja 23 4 1
    Jumlah 78(69.03%) 35(30.97%) 1(50%) 1(50%)

    Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009

    Bil. Kontraktor Sebut Harga Tender
    Bumiputera Bukan Bumiputera Bumiputera Bukan Bumiputera
    1. Bekalan 33 5 8 4
    2. Perkhidmatan 29 2 34
    3. Kerja 27 12 3 2
    Jumlah 89(82.4%) 19(17.6%) 45(88.23%
  2. SEMINAR AMALAN TARIQAT NEGERI SELANGOR : http://wp.me/piAx4-17c

    JADUAL MAJLIS ILMU & MAULIDUR RASUL 1431H : http://wp.me/piAx4-17X

    Program Bulan Kelahiran Rasulullah di Masjid Darul Ehsan, Taman TAR : http://wp.me/piAx4-17R

    JADUAL MAULIDURRASUL BERSAMA HABIB ADNAN AL-HADDAD : http://wp.me/piAx4-17E

    Majlis Maulid Kubro Nabi Muhammad ke -8 di Yayasan al-Jenderami : http://wp.me/piAx4-17l

    MAJLIS BERSAMA AD-DAIE – HABIB MUNZIR BIN FUAD AL-MUSAWA : http://wp.me/piAx4-179

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s