RM2 juta: Panggil menteri bantu siasatan


Oleh Dzulfikar Mashoor

GOMBAK, 16 Feb: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mencadangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tan Sri Nor Mohamed Yakcop untuk membantu siasatan berhubung pemilikan RM2 juta oleh setiausaha politiknya, Hasbie Satar.

“Kalau seorang Setpol (setiausaha politik) boleh memiliki wang sebanyak itu, bosnya (menteri) takkan mempunyai wang sedikit dari itu,” jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily pagi ini.

Menurut beliau, tindakan Hasbie meletak jawatan sebagaimana dilaporkan kelmarin bukanlah jalan penyelesaian.

Sebaliknya, beliau mendakwa perletakkan jawatan tersebut demi memelihara imej seorang pemimpin Umno yang juga Menteri di JPM daripada dipertikai oleh rakyat.

Kelmarin, Hasbi dilaporkan meletak jawatan berdasarkan suatu kenyataan ringkas dalam satu perenggan yang dihantar oleh Hasbie kepada JPM.

Difahamkan perletakan jawatan itu ekoran beliau gagal menjelaskan sumber perolehan RM2 juta yang ada bersama-sama beliau ketika SPRM memberkas beliau di Pulau Pinang Khamis lalu.

Selain menjumpai RM2 juta tunai, SPRM turut mempersoal pemilikan kereta mewah dan seunit kediaman mewah beliau di Telok Air Tawar.

Demi membantu suatu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, beberapa aset Hasbie yang lain; termasuk kereta pacuan empat roda, beberapa unit rumah mewah turut disita oleh SPRM.

SPRM juga membekukan semua akuan bank milikan peribadi Hasbie untuk membantu siasatan tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Hasbie sebenarnya dinasihatkan meletakkan jawatan demi memelihara imej serta kepentingan politik Nor Mohamed sendiri kerana beliau merupakan antara menteri yang bertanggungjawab menguruskan perbendaharaan negara.

Menurut sumber dalaman dalam Umno negeri sendiri, Hasbie mula menjadi perhatian awam apabila beberapa blog yang dipercayai umum milik pemimpin bawahan Umno melaporkan kegiatan terancang Hasbie.

Hasbie yang digambarkan seolah-olah enggan berkongsi kekayaan dengan beberapa pihak yang mengetahui sindiket tersebut mengambil keputusan mendedahkan sindiket itu pada pengetahuan umum.

Suatu sumber lain pula memberitahu bahawa seorang pemandu peribadi kepada Hasbie sendiri membawa sindikit itu pada pengetahuan SPRM kerana bekas Setiausaha Politik bagi Nor Mohamed tersebut enggan berkongsi kesenangan dengan pemandu terbabit.

Namun, siasatan SPRM yang baru dijalankan sejak Jumaat lalu itu sekaligus menimbulkan tanda tanya di kalangan rakyat kerana bekas Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yakcop sendiri dilaporkan mengaku bahawa wang tunai yang dijumpai di Pangsapuri Sri Molek, Telok Air Tawar tersebut bukan miliknya. – Harakahdaily

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s