Kebanjiran warganegara asing di Malaysia membimbangkan


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan dengan seluruh rakyat Malaysia yang kini begitu resah dengan kebanjiran warganegara asing khususnya mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin atau tinggal melebihi waktu.

Pekerja asing yang berpermit sahaja kini sudah melebihi 2.1 juta orang dan mereka bekerja dipelbagai sektor. Manakala mereka yang dikategorikan sebagai pendatang tanpa izin dan tinggal melebihi waktu yang tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasan berjumlah sekitar 500 ribu – 800 ribu orang.

Sektor keselamatan (Pengawal Keselamatan) negara kini dikuasai oleh warganegara Nepal, Pembantu rumah dikuasai oleh warganegara Indonesia, restoran mamak pulak dikuasai oleh warganegara India, begitu juga sektor perkilangan, perladangan dan sebagainya.

Apa yang menjadi kebimbangan rakyat adalah kewujudan koloni-koloni khas bagi warganegara asing ini hingga merubah suasana negara ini dan menakutkan rakyat.

Di Lembah Klang sahaja kita boleh melihat beberapa kawasan dikuasai oleh warganegara asing. Chow Kit dikuasai oleh warganegara Indonesia, Pasar Selayang dikuasai oleh warganegara Myanmar dan Bukit Jalil dikerumuni oleh warganegara dari Afrika.

Selain menguasai kawasan perniagaan, peningkatan kadar jenayah ragut, rompak, cabul, rogol dan menganggu ketenteraman awam juga meningkat dikalangan warganegara asing ini hingga menimbulkan rasa takut kalangan warga tempatan

Pada musim cuti perayaan pula, kita boleh melihat Kuala Lumpur bertukar wajah dan indentiti sebagai ibu negara Malaysia hilang dengan sekelip mata dengan kebanjiran warganegara asing. Sebaiknya Imigresen membuat operasi di ibu negara pada musim-musim cuti bagi memantau hal ini.

PAS berharap agar pihak Imigresen terus meningkatkan operasi membanteras pendatang tanpa izin dan mereka yang tinggal melebihi waktu yang dibenarkan. Tahun lepas sahaja Kerajaan mengakui mereka gagal mengesan 40 ribu warganegara India yang tinggal melebihi waktu. Kegagalan ini amat dikesali kerana tiada sistem pemantau dibuat terhadap warganegara asing yang datang ke negara ini mengunakan visa ketibaan, visa pelajar atau visa pelancong.

PAS juga kesal kerana kerajaan gagal mengawal kebergantungan negara terhadap pekerja asing sedangkan berpuluh ribu pekerja tempatan bakal menganggur selepas ditamatkan kontrak oleh Jabatan Perkhidmatan Awam mulai Mac ini.

Ketelusan pengeluaran permit pengambilan pekerja asing masih boleh dipertikaikan kerana kerajaan beberapa kali membekukan kemasukan pekerja asing dari beberapa negara tetapi secara senyap-senyap ada pula kelulusan khas dari pihak Menteri.

Bahagian Pengurusan Pekerja Asing di Kementerian Dalam Negeri bertanggungjawab penuh dengan kebanjiran pekerja asing yang berlaku hari ini. PAS difahamkan bahawa dalam Bahagian ini terdapat 3 jenis kelulusan iaitu, kelulusan dari pegawai penilai (Ikut prosedur biasa), kelulusan dari pegawai atasan hingga peringkat KSU (Rayuan) dan kelulusan khas dari Menteri atau Setiausaha-setiausahanya.

PAS paling bimbang kelulusan khas yang dikeluarkan dari pejabat Menteri kerana terdapat beberapa kes yang memang tidak layak atau syarikat-syarikat yang diberi konsensi khas bagi membawa masuk pekerja asing untuk diagih-agihkan oleh ejen-ejen lain.

Paling menarik, selama ini kita hanya mendengar permit pembantu rumah kalangan wanita, kini sudah ada permit untuk pembantu rumah kalangan lelaki pula.

PAS melihat bahawa dasar pengambilan pekerja asing sepatutnya dipertegaskan bukan dilonggarkan hingga memberikan begitu banyak masalah dalam masyarakat. Malah kos penghantaran pendatang tanpa izin juga meningkat setiap tahun dengan minima adalah RM 3.5 juta setahun.

PAS berharap agar kerajaan mengambil langkah serius bagi mengawal masalah ini dan berharap agar undang-undang serta penguatkuasaan dipertingkatkan bagi memastikan negara ini masih kekal berwajah Malaysia.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

2 comments on “Kebanjiran warganegara asing di Malaysia membimbangkan

  1. saya amat berharap pihak Pakatan Rakyat bekerja sama dengan agensi penguatkuasa dalam memberikan maklumat yang tepat dan mungkin boleh bekerjasama dengan briget amal serta RELA bagi menyertai operasi mencegah maksiat (pelacur warga asing) dan juga menangkap warga asing ini.perkara ini bukan masalah UMNO dan BN sahaja tetapi ini masalah negara seperti masalah Dadah,rempit dan sebagainya.lupakan sebentar percakaran politik, sebaliknya marilah kita bersama sama mengatasi masalah ini.saya sendiri pun naik menyampah pergi ke KL dan lihat tiada lagi wajah wajah orang malaysia.sekali lihat mcm sahabat kita berbangsa cina tapi rupanya nepal!ataupun apabila saya menegur seorang yang kelihatan seperti sahabat saya ramasami rupanya bukan.rupanya dia warga asing yang tanpa sebarang dokumen dipercayai dari India selatan!.

  2. Salah satu faktor kebanjiran warga asing, mungkin sikap segelintir warganegara Malaysia yang memandang mudah isu ini. saya lihat dikawasan perumahan saya, warga non malaysia ini membanjiri surau surau malah sudah ada yang menguasai masjid masjid tersebut dan menjadikan surau surau tersebut sebagai “hotel” buat mereka. saya akui kalau setakat hendak beribadah, apa salahnya tetapi untuk berkampung disitu adalah keterlalulan. saya harap unit amal PAS dan PAS pusat mengambil berat hal ini.jangan lah asyik terlalu sibuk berpolitiking dan terlalu ghairah mengejar tender dan projek disana sini sehingga lupa tanggjawab sosial.salam perjuangan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s