UiTM : Umno jahil undang-undang yang dibuatnya sendiri



Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kejahilan Umno yang mengakui bahawa mereka tidak tahu tindakan mereka mengadakan program politik dalam kawasan Universiti Teknologi Mara, (UiTM) Jengka, Pahang itu bertentangan dengan Akta 174 UiTM

Umno sepatutnya bertanggungjawab dan melihat akta itu kerana merekalah yang menciptanya sebelum ini hingga memisahkan masyarakat kampus dari dunia Politik. Mereka sendirilah yang mencipta undang-undang yang menghalang fasiliti dan segala apa yang ada didalam kampus itu untuk digunakan bagi tujuan politik kecuali dengan kebenaran Menteri yang mana menterinya juga adalah ahli Umno.

Kejahilan Umno Pahang ini sangat mendukacitakan kerana mereka memperlakukan harta kerajaan seperti harta mak bapak mereka. Orang lain tak boleh guna, tapi mereka dengan senang-lenang mengubal akta yang hanya membolehkan mereka sahaja mengunakannya.

Kenyataan PAS sebelum ini sememangnya bertujuan untuk membongkar program berkenaan. PAS mahu mempastikan Umno Pahang yang membangkrapkan negeri itu benar-benar membayar sewa fasiliti yang digunakan kerana kita tidak mahu apa yang berlaku pada Elegant Advisory Sdn. Bhd. dan vendor-vendor lain berlaku pada UiTM.

Sudah ada beberapa kes dilaporkan yang mana Umno menempah, menyewa dan mengunakan sesuatu kemudahan tetapi mereka tidak bayar dan kes dibawa ke mahkamah. Kes-kes ini tidak termasuk kes pengunaan fasiliti seperti Dewan orang ramai, tabika Kemas dan padang-padang awam yang sering digunakan Umno secara percuma selama ini.

Dalam kes UiTM, PAS menempelak Umno yang terdesak memberikan penjelasan bahawa mereka akan bayar segala kos selepas habis konvensyen itu, walhal kebiasaannya bila mana-mana agensi mengunakan fasiliti kampus itu mereka kena membuat bayaran pendahuluan terlebih dahulu.

PAS mendesak UiTM menjelaskan berapakah bayaran yang diterima mereka dari Umno dan mahu UiTM memberikan jaminan untuk memberikan hak yang sama kepada organisasi lain termasuk parti Politik bukan Umno yang berhasrat menyewa fasiliti kampus itu dimasa hadapan tanpa sebarang kekangan.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements
By ustazidrisahmad Posted in Politik

2 comments on “UiTM : Umno jahil undang-undang yang dibuatnya sendiri

  1. Pingback: Isu guna fasilitis UiTM Pahang : UMNO dan UiTM sengaja mencari nahas « Khairulrijal Sri Gading

  2. Maaf saya meluahkan rasa hati terbuku di hati melihat gelagat Melayu sekarang….Kerana perbezaan ideologi dan pendekatan politik,mereka sanggup bersengongkol dengan orang yang terang2 hendak menelan dan menghancur kuasa politik Melayu di tanahairnya sendiri! Sanggup anda berpeluk2,mengiakan dasar2 mereka malah membawa mereka berceramah di masjid2 semata-mata kerana tak sebulu dengan orang UMNO.Tahukah anda, mereka tersenyum lebar melihat tindakan anda itu,kerana itulah dasar perjuangan mereka hendak memecil dan mecahbelahkan Melayu demi merealisaikan cita-cita politik mereka di tanahair peninggalan datuk nenek kita ini….Usahlah kerana dendam kesumat dan tak sekata dalam politik,Melayu ditunggangi….jangan jadi bangsa Arab penuh dendam kesumat sesama sebangsa hingga sanggup bersengongkol dengan Yahudi walaupun mereka sendiri sebenarnya target peluru bangsa yang dilaknat Allah itu.Kenapa? kerana mereka hanya nampak perbezaan dan bukan persamaan seperti apa yang diamalkan orang Melayu sekarang….Bermuhasabahlah sdr demi survival bangsa kita di tanah sekangkang kera ini….Maaf sekiranya kata2 saya ini melukakan perasaan sdr…tetapi terimalah realiti hidup orang Melayu sekarang bini. Maaf.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s