GEJALA BUANG BAYI: PERLU KEPADA KAEDAH PENCEGAHAN


Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadi manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

PAS melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menanggani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih beroreintasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya oreintasi untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.

Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

4 comments on “GEJALA BUANG BAYI: PERLU KEPADA KAEDAH PENCEGAHAN

  1. isu ini isu lama dan mustahil akan dapat ditangani selagi pergaulan bebas, rumah rumah urut haram, SPA masih banyak di negeri negeri yang ditadbir oleh Pakatan. Lakukan perubahan drastik.Jangan ulangi kesilapan pemerintah yg lalu.Pemimpin Pakatan jangan hanya gemar berpolitik sahaja.Buat kerja untuk rakyat demi Allah.

  2. kalau takut nak buat carahidup bernegara dgn islam lawan BN…mcmana nak lawan UK dan US utk laksana islam satu hari nnt…..wallahuaklam……kena tipu kot..

  3. saya sokong pendapat anwar ibrahim n saya x berapa setuju ngan pendapat cia.kerana ia akan mengundng perang saudara.sepatutnya benda begini d bawah berbincang bknnya dengan melawan,apa kata kalau pas n BN bersatu menangani masalah ni…….baru lah islam bertambah kuat….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s