Model Ekonomi Baru Tiada Roh


Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa Model Ekonomi Baru (MEB) yang dibentangkan oleh kerajaan masih lagi tidak mempunyai roh dan tidak menekankan kepentingan akhlak yang merupakan satu asas terpenting dalam memastikan transparensi dan ketelusan pelaksanaan sesuatu dasar ekonomi.

Sesebuatu negara boleh sahaja mempunyai dasar yang melangit halatujunya, tetapi tanpa akhlak yang dihayati oleh pembuat dan pelaksana dasar – maka negara masih akan dibelenggu dengan sistem liberal kapitalis – akhirnya ianya hanya bersifat membuat perubahan terhadap kulit dan bukannya bersifat holistik yang merangkumi perkaitan antara dosa-pahala dan keadilan menyeluruh.

MEB juga menyebut bahawa objektif yang ingin dicapai ialah supaya rakyat dalam negara kita mampu mempunyai kuasa membeli yang tinggi, hidup lebih aman, pengurusan yang baik dan pemuliharaan sumber alam. Objektif ini sangat murni – tetapi penekanan terhadap peranan syarikat swasta dalam memacu ekonomi liberal kapitalis ini secara drastik akan meninggalkan kesan ekonomi terhadap penduduk luar bandar dan memungkinkan jurang antara bandar dan luar bandar terus melebar.

MEB itu juga merupakan imbasan kembali kepada konsep pensyarikatan dan penswastaan Malaysia yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri , di mana pihak kerajaan akan melepaskan kepentingannya sedikit demi sedikit dalam sektor perkhidmatan rakyat kepada pihak swasta. Walaupun pihak kerajaan memberikan jaminannya, akan tetapi rekod menunjukkan bahawa berlakunya pelepasan tangggungjawab kerajaan itu telah melahirkan satu monopoli baru sektor perkhidmatan yang akhirnya menekan ekonomi rakyat.

Apa yang diinginkan oleh rakyat bukannya peningkatan angka atau nilai peratusan pendapatan semata-mata, contohnya sasaran bagi meningkatkan pendapatan rakyat Malaysia daripada AS$7,000 kepada AS$15,000 dalam tempoh 10 tahun; tetapi yang diinginkan ialah kesan sebenar dari perubahan suasana masyarakat yang lebih kondusif dan selamat dari jenayah, sifar rasuah, akauntabiliti yang nyata serta struktur ekonomi yang lebih adil dan jauh dari tekanan politik sempit.

Selain dari itu juga, penerusan sikap kerajaan persekutuan yang tidak menghormati konsep federalisma dan demokrasi juga akan menjadi bom jangka yang akan menggagalkan kesejahteraan ekonomi rakyat. Apa yang berlaku ialah kerajaan negeri yang mungkin diperintah oleh parti yang berbeza dari parti di peringkat persekutuan akan menerima penindasan ekonomi dan dikekang pelaburan luar dengan semahunya oleh kerajaan persekutuan. Akibatnya objektif kesejahteraan yang ingin dicapai akan hanya menjadi retorik yang sedap didengar sahaja.

Advertisements

3 comments on “Model Ekonomi Baru Tiada Roh

  1. ini dasar bukannya insan/manusia.ini juga merupakan tools kepada untuk negara mencapai kejayaan.mengkritik memamng mudah dan sangat menyeronokkan.tetapi mentadbir di peringkat pusat tak sama dengan di peringkat negeri. selesaikan dulu masalah asas di negeri yang diperintah oleh Pas terlebih dahulu dan buktikan kerajaan pimpinan pas boleh jadi lebih hebat dari negeri yang di perintah oleh BN.contoh di kedah dan kelantan, masalah sampah pun tak boleh selesai.saya lihat semasa saya melawat rakan di kelantan dan kedah, didapati banyak kawasan perumahan tidak mempunyai tong sampah dan tidak ada orang pun kutip sampah dari rumah ke rumah.mana pergi duit rakyat dari hasil kutipan cukai pintu, cukai tanah?ini jelas memunjukkan kerajaan negeri kelantan dan kedah cakap tak serupa bikin.sedangkan ini negeri islam.Islam sangat mementingkan kebersihan.bukan sahaja sampah tak di kutip, tapi pergilah di kebanyakan tandas di masjid dan surau di kelantan, hampir semuanya kotor dan menjijikan.sangat sangat memualkan.

  2. saya cadangkan kalau nak komen tentang MEB tu, baca dan buatlah komen yang membina jangan mengkhinzir buta je komen.beri hujah hujah yg rasional.nak jadi pembangkang, jadi lah yg baikkk punya, bukan mengarut punya.kalu tak mampu jadi pembangkang, bagus berenti je, buat bisnes ke, buka sekolah agama ke lagi baik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s