PAS Kesal Pos Malaysia Mahu Dijual selepas Kerajaan BN Menyebabkannya Rugi


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana Kerajaan BN mengambil sikap lepas tangan serta mengarahkan Khazanah Nasional Bhd menjual pegangan sahamnya sebanyak 32.2 peratus dalam Pos Malaysia Bhd.

Khazanah Nasional yang merupakan GLC milik Kerajaan turut bertanggungjawab diatas kerugian yang dialami oleh Pos Malaysia. Baru-baru ini, mantan Pengerusi POS Malaysia , Tan Sri Adam Kadir dalam majalah Malaysian Business bertajuk ‘Is whistle-blowing really serious’, mendedahkan isu kehilangan wang rakyat berjumlah RM546 juta akibat kegagalan pengurusan syarikat itu menjual sahamnya dalam syarikat yang bermasalah-Transmile Group Bhd setelah dipengaruhi oleh Khazanah.

Tahun lepas Pos Malaysia mengumumkan kerugiannya sebanyak RM113.20 juta, dimana RM107.19 juta adalah kerugian yang diterima dalam pelaburan di Transmile Group Bhd.

Pos Malaysia mempunyai aset dan rangkaiannya logistiknya yang luas serta mampu meningkatkan keuntungannya jika diurus dengan betul. Walaupun menerima persaingan sengit ekoran peningkatan pantas dunia teknologi maklumat dan jalur lebar, namun urusan penghantaran barang secara fizikal masih memerlukan khidmat Pos Malaysia.

Pos Malaysia juga boleh bersaing dengan syarikat lain dengan meluaskan aktiviti perniagaannya dengan menumpukan kepada sektor penghantaran barang dan pengangkutan. Malah Pos Malaysia boleh berkembang jauh serta melakukan kerjasama strategik dengan mengambil peluang pelaburan dalam MASkargo untuk menguasai pasaran penghantaran kargo luar negara.

Tindakan Khazanah meninggalkan Pos Malaysia dalam keadaan sekarang dilihat sebagai usaha untuk melepaskan tanggungjawab dan kegagalan syarikat milik Kerajaan itu.

PAS berpandangan, walaupun Pos Malaysia mengalami kerugian tetapi ia harus terus dipegang oleh Kerajaan kerana ia adalah organisasi strategik yang mana melibatkan kepentingan dan keselamatan negara. Tanpa penglibatannya dalam Transmile, kerugian yang dialami hanyalah sedikit dan strategi perniagaannya masih boleh distrukturkan semula.

PAS khuatir dengan tindakan Khazanah itu, pihak swasta termasuk syarikat-syarikat yang dimiliki oleh pelabur asing akan mengambil kesempatan dan seterusnya menguasai jaringan Pos Malaysia.

Kita tidak mahu melihat Pos Malaysia yang membawa nama Malaysia ini akhirnya dimiliki oleh individu atau pelabur luar dan akhirnya identiti Malaysiannya terhakis.

Sebelum ini, Kerajaan pernah melakukan kesilapan dengan menjual saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) kepada syarikat Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) yang berpangkalan di Hong Kong. Dengan desakan PAS yang melihat bahawa Bernas merupakan syarikat yang strategik dan melibatkan soal keselamatan (makanan), akhirnya kerajaan akur untuk membeli kembali 32 peratus saham yang dijual kepada Wang Tak.

Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli ke semua saham milikan Wan Tak. Dan jumlah itu jika dicampur dengan 55 peratus lagi saham milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, telah menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus. Akhirnya aset milik negara kini menjadi milik individu.

Oleh itu, PAS mahu kerajaan menimbangkan semula tindakan Khazanah ini dan mahu syarikat ini terus dimilki oleh Kerajaan sebagai satu aset yang strategik untuk masa depan ekonomi negara kerana kita sudah melihat begitu banyak syarikat penghantaran yang dikuasai oleh pelabur asing dinegara ini seperti FEDEX dan DHL.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penrangan PAS Pusat

Advertisements

2 comments on “PAS Kesal Pos Malaysia Mahu Dijual selepas Kerajaan BN Menyebabkannya Rugi

  1. Barangkali ada wayang yang cuba dimainkan. Menjual saham pada masa syarikat rugi semestinya murah. Ini memberikan peluang kroni tertentu menguasai saham Pos Malaysia Berhad dengan harga yang murah. Apatah lagi wang yang digunakan bukan wang mereka. Babak seterusnya adalah mencanagkan beberapa tindakan yang seterusnya menaikkan kembali saham Pos Malaysia yang sebenarnya mempunyai nilai yang tinggi. Beli murah dan kembali jual pada harga yang tinggi. 1 Malaysia ditipu oleh wayang kroni.

  2. ini semua andaian.kalu nk beri pendapat mesti berdasarkan fakta.jangan cakap sesuaty yang kita tak tahu dan penuh syak.Islam menggalakkan umatnya bersangka baik dan menjauhi dari syak.sesungguhnya syak itu adalah permainan syaitan dan iblis yang menyesatkan.sejarah ketamadunan islam telah membuktikan bahawa syak ini memberi kemudaratan kepada sejarah ketamaduan.ingat peristiwa habil dan qabil?ingat peristiwa perang di zaman rasullah sehingga baginda patah giginya dan bapa saudaranya maut syahid?saudara amir, saya tegur demi kebaikan.jgn ambil hati ye.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s