Najib Akui Kerajaan Tiada Duit, Kakitangan Kerajaan Di Paksa Sokong GST Kalau Mahu Gaji Naik


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) persoalkan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakui bahawa asas perolehan negara pada masa ini tidak kukuh dan Kerajaan tidak mampu untuk membayar gaji penjawat awam, sedangkan pada akhir tahun lepas kerajaan bangga mengumumkan bahawa ekonomi berkembang dengan baik iaitu 4.5 peratus dan tahun ini dijangka melebihi 5.5 peratus pula.

Najib terdesak membuat pengakuan itu demi untuk menarik perhatian kakitangan awam untuk menyokong pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang kini ditolak oleh majoriti rakyat. Kenyataan Najib itu membuka pekung pemerintahannya yang kini sedang sibuk menabur duit di Hulu Selangor sempena pilihanraya kecil.

Tindakan Najib memaksa kakitangan awam menyokong dasar ini secara membuta tuli adalah tidak wajar dan bertentangan dengan prinsip demokrasi negara ini dimana setiap warganegara berhak untuk membuat pilihan sama ada mahu menyokong atau tidak.

Tidak guna gaji kakitangan Kerajaan dinaikan sedangkan dalam masa yang sama cukai GST diperkenalkan. Jika GST dilaksanakan, keadaan ekonomi kakitangan awam mungkin lebih teruk kerana kenaikan gaji hanya sekitar RM200-RM500 sahaja sedangkan pertambahan kos sara hidup berkemungkinan meningkat lebih dari kadar itu.

Najib juga dilihat zalim kerana menjadikan kakitangan kerajaan sebagai ‘hamba’ yang kena terima apa sahaja yang kerajaan ingin lakukan. Oleh itu, kakitangan kerajaan harus bijak dan menolak dasar ini. Kerajaan boleh tangguhkan kenaikkan gaji sehingga ekonomi pulih sepenuhnya tanpa perlu perkenalkan cukai baru.

Jika GST dilaksanakan, bukan sahaja 1.2 juta kakitangan awam akan jadi mangsa, lebih 25 juta rakyat Malaysia akan terima kesannya. Pekerja swasta yang tidak mendapat kenaikan gaji akan menerima kesan yang lebih teruk, kerana kos hidup mereka secara purata bertambah 4 peratus.

Oleh itu PAS berharap agar kakitangan Kerajaan tidak menurut sahaja kehendak Najib. Jika dasar ini dilaksanakan bersama Model Ekonomi Baru, maka rakyat negara ini akan lebih sengsara. Ketiadaan syarat ekuiti tempatan akan menyebabkan pasaran negara akan datang dimonopoli oleh pelabur dan perniagaan asing. Dan pastinya mereka tidak peduli kesusahan rakyat dinegara ini dan mereka boleh kuasai harga jual beli pasaran dalam negara dengan mudah. Jika mereka naikan harga, maka nilai 4 peratus cukai GST juga naik. Kerajaan tidak mampu kawal perkara ini, malah Kerajaan kini cuba juga untuk hapuskan subsidi bagi melepaskan diri dari tanggungjawab membantu rakyat. Jadi bayangkanlah harga gula, beras, minyak tanpa subsidi tapi ditambah dengan cukai GST 4 peratus.

Tidak cukup dengan itu, dengan begitu banyak perjanjian perdagangan bebas (FTA), pelabur dan peniaga tempatan juga akan bungkus kerana tidak dapat bersaing kerana harga barang mereka akan jadi lebih mahal jika dicampur dengan GST, berbanding harga barang China yang lebih murah kos pembuatannya.

Jadi, GST bukan sahaja akan beri kesan kepada Kakitangan kerajaan, ia akan memberikan kesan kepada seluruh sistem ekonomi negara. PAS tetap akan menentang dasar ini untuk kepentingan rakyat

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS

Advertisements

15 comments on “Najib Akui Kerajaan Tiada Duit, Kakitangan Kerajaan Di Paksa Sokong GST Kalau Mahu Gaji Naik

  1. biar la najib nak umum gaji kakitangan awam apa yang pas dok sibuk….hang pa boleh bg gaji ka kalau tak kerja pas sembang boleh la dok kedai kopi kutuk kerajaaan mlaysia….

    • pala hotak hang. cam mana kalau kena kat hang . bengong badigol samdol. sekurang kurangnya ada jugak hamba allah nak perjuangkan apa yg patut , hang hisap piliaq kat rumah

  2. Tidak perlu ugut supaya sokong GST ..biar kami tidak naik gaji nama untuk sokong GST mati 10 kalipun ak teringin nak sokong…..dasar membunuh rakyat.Ke mana duit royalti minyak yang berpuluh-puluh bilion itu?

    Negara ini adalah sekaya-kaya negara dengan pelbagai khazanah dari dalam laut hingga ke daratannya….sawit,getah,koko,balak,timah,besi,emas,petroleum…..ke mana kamu bawa sekua ini wahai pemimpin umno?

  3. Pingback: Ekonomi Berkembang, Tetapi Kerajaan Tiada Duit? « On Da Street

  4. jika kata-kata berkenaan dilemparkan tanpa sebarang bukti asas yang kukuh ianya tidak melebihi dari apa yang diklasifikasikan dalam islam sebagai fitnah. Tunjukkan statistik atau laporan yang sahih sebelum membuat kenyataan yang sebegini.

  5. n818gig, lu kalu hari2 belek56X utusan maloya n beritau hairan tobaat lahum lu tak jumpa bukti asas. Lu, wa kira baik punya UBN, bahasa lu ada seni laa, wa pon confius, lu ni tol ke dari spesis tuuuu.

  6. GST,tak gunaaa….menyusahkan rakyat jelata…pemimpin wajib menyenangkan idup rakyat bukan menyusahkan…PM ap ni?Time PRK Ulu Sgor,banyaklak duit dihambur….pandai koorang ahh…bila nak bagi kakitangan awam…kata kita takder duitlah….

  7. wahai En. nizam..!! kalo nak cakap tu pkir la dulu ek..PAS bukannya kutuk ulama’ atau buat fitnah membuta tuli je,, tapi PAS nak membuka mata rakyat malaysia yang berfikiran macam En ni la supaya tidak terus diperkotak-katikkan oleh si licik najib yang En dok bangga-baggakan tu…apa faedah yang kita da dapat, En renungkan la ek…

  8. aku sokong n818gig. Knp perlu melatah sudin & aiks .. Kalau benar dakwaan kamu tunjukkan bukti. Jangan menfitnah orang tak baik tuhan marah … Kalau benar sekali pon itu urusan dia dengan Allah SWT.

  9. SAYA JUGA SEORG KAKITANGAN KERAJAAN.MCMANE NAK NAIK GAJI, ASYIK ORG ATASAN JE MKM DUIT,BILA SEDIAKAN PENYATA KEWANGAN TAHUNAN, MERAPU ENTAH KEMANA, DUIT YG DIKAUT TU.LG ST, BG IMBUHAN KERAIAN BYK2 BUAT APA KAT ORG ATASAN, BUKAN MERAIHKAN SAPE2 PUN, SUDAH2LAH GAJI YG DITERIMA PUN DAH TINGGI. PELAJAR IPTA, YG KUAR TAKDE KEJE,LAST2 MINTA GURU, ENTAH APA2 BIDANG BELAJAR KAT IPTA, LAST2 MASUK KPLI, BELAJAR SETHN, TAKDE ILMU PERGURUAN LANGSUNG NAK JD GURU. PELAJAR LEPAS SPM BELAJAR PERGURUAN SELAM 5 THN, PATUT YG DIHARGAI, KERANA CUKUP ILMU PERGURUAN PADA MEREKA. PELAJAR LEPASAN IPTA YG MINTA GURU, TEMPOH PENGAJIAN PERLU DIOTAMBAH KE DUA TAHUN AGAR ILMU PERGURUAN CUKUP PADA MEREKA.

  10. Hamba Allah, awak kata kalau benar sekali pon itu urusan dia dengan Allah SWT…jadi kalau ada bukti pon awak tak kisah lah yer…amboi…baiknyer awak…kena tenyeh kepala awak pon sabar gak yer…tak kan lah org yg berpendidikan mcm kita nak jd bodoh bila org tindas..baik tak yah pi sekolah…akal kan ada..duit digunakan untuk benda2 tak berfaedah…kalau mcm tu, bila maksiat depan mata..alah tu urusan dia dengan Allah…kalau pencuri masuk umah awak jgn bising2 ek..tak yah gatai2 report polis lak…sebab tu dah memang rezeki dia…lagipun tu urusan dia dengan Allah…akai gunalah…

  11. PEMBAZIRAN NKRA DALAM PDRM

    Berat mata memandang berat lagi bahu memikul,itulah ungkapan peribahasa yang ditanggung oleh masyarakat polis diraja maalaysia.Pasukan polis di era globlisasi ini ibarat sultan yang tiada daulat atau harimau yang tiada gigi dan kuku.Pasukan polis dengan mudah diperkotak katikan oleh satu suara yang besar atau berpengaruh.Apa yang menarik perhatian saya ialah pengawaman pasukan polis adalah satu kerja yang tidak berfaedah dan membazir sahaja.
    SOALANNYA ADAKAH TERCAPAI MATLAMAT KERAJAAN MEMERAGI JENAYAH DENGAN PENGAWAMAN PASUKAN POLIS? Mengapa ditempatkan org awam terlalu ramai didlm organisasi polis diraja malaysia?Mengapa kerajaan tidak membuat mengambilan anggota polis atau anggota polis sokongan bagi mengisi tempat yg hendak diawamkan?Mereka ini boleh digunakan pada bila2 masa berbanding dengan org awam yg tidak boleh digunakan 24 jam.Boleh ke mereka bertugas selepas waktu pejabat,terutama di tgh malam hingga ke awal pagi?Mengapa pihak yang bertanggungjawab tidak mengkaji terlebih dahulu sebelum melaksanakan polisi kerajaan?
    Jika diambil anggota yang baru,mereka ini muda,segak berrgaya dan cergas.Anggota baru ini diletakan di barisan hadapan berbanding anggota yang sudah lama berkhidmat dan usia sudah melebihi 45 thn ke atas.Anggota yang terlibat ditukar kepada pegawai atau penolong pegawai penyiasat.Kebanyakkan mereka sudah tua dan ada yg hendak pencen juga tidak terrkecuali.Bukankah ini satu pengzaliman kepada mereka yang berkenaan.Adakah mereka yang terlibat ini sudah dikaji dari segi kesesuaian dalam menjalankan tugas serta mengambil kira kebajikan mereka.
    Apakah peranan suruhanjaya pembaikan polis polis diraja malaysia yang ditubuhkan?Ahli ahli dlm suruhanjaya itu sendiri banyak yang kurang memberi buah fikiran yang bernas.Unit kaji selidik polis diraja malaysia juga diam membisu.Cuba turun ke bawah dan lihat sendiri rasionalnya.Dari segi kesesuaian anggota,faktor usia dan kesihatan.Apa yang menyedihkan ada yang tinggal tidak bebrapa hari lagi menjalani persaraan diberi tugas pegawai atau penolong pegawai penyiasat.Bagaimana pula kelengkapan logistik untuk mereka semua?Pernahkah difikirkan sedalam dalamnya..Jangan le ibarat melempar batu sembunyikan tangan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s