PAS Mahu SPRM Siasat Palanivel


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat pengakuan Ketua Kampung Sungai Buaya di Hulu Selangor, Mustafa Talib bahawa Datuk G Palanivel telah meluluskan tiga projek bernilai RM 354 ribu di kampung itu.

PAS tidak mempersoalkan keperluan perbelanjaan itu di keluarkan oleh pihak Kerajaan, tetapi mempersoalkan kelayakan dan kredibiliti Palanivel yang tidak mempunyai jawatan dan kuasa dalam kerajaan masih boleh memberi kelulusan projek.

PAS mahu SPRM menyiasat perkara ini kerana beliau bukanlah anggota kabinet atau penjawat awam yang mempunyai kuasa bagi menentukan perbelanjaan wang negara.

Adalah tidak releven seorang bekas wakil rakyat yang kini dilantik sebagai penyelaras sebuah parti politik boleh mengeluarkan duit kerajaan sesukahatinya untuk projek yang ada kepentingan dengan Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Selama dua tahun, Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad menjadi ahli parlimen Hulu Selangor Kerajaan Persekutuan enggan memberikan sebarang peruntukan kepada beliau bagi memajukan kawasan itu. Tetapi, selepas beliau meninggal dunia Kerajaan Persekutuan tiba-tiba sahaja melantik ‘wakil rakyat Haram’ untuk membelanjakan duit Kerajaan.

PAS menuntut SPRM tidak bermain wayang dan menutup mata terhadap apa yang berlaku di Hulu Selangor sekarang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

2 comments on “PAS Mahu SPRM Siasat Palanivel

  1. Palanivel ikut panduan apa yg umNO/APCO buat selama ini. Dia bagi projek utk tarik pengundi yang dibuat tanpa perasaan malu sedikit pun. Dasar umNO/APCO gan sekutu BN mmg jenis tak tau malu dan kurang ajar, golongan ini berani buat mcm tu sbb tau ada polis, sprm, mahkamah dll yg akan mempertahankan mereka dari tindakan undang2. Golongan ini lebih hina dan bodoh dari KELDAI je.

  2. saya sokong apa yang En Rakhim cakap… harap2 sprm & badan2 sekutu yang lain boleh siasat kes ni dgn telus la ye,, kalo tak sampai bila2 pun semua tindakan yang diambil oleh sprm akan digelar seperti kerbau dicucuk hidung… mana taknya, asyik ikut telunjuk BN je…

Tinggalkan Jawapan kepada Rakhim Bin A. Hamid Batal balasan