PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak kaki di Malaysia


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberikan amaran kepada Kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang-Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat.

Tony Blair yang juga mantan Perdana Menteri Britain adalah orang yang bertanggungjawab bersama Presiden Amerika, George W. Bush membawa bencana perang ke atas bumi umat Islam di Aghanistan (2001) dan Iraq (2003).

Sehingga ke hari ini beliau gagal membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa bangunan World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan bahawa Iraq mempunyai Senjata Nuklear-Pemusnah Besar-besaran (WMD) juga masih belum dapat dibuktikan. Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa dikedua-dua negara itu. Hingga ke hari ini negara Afghanistan dan Iraq tidak pernah tenang, dan rakyatnya jadi pelarian dinegara sendiri.

Selain itu Blair juga mempunyai hubungan rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide, Darren Murphy yang pernah menjadi penasihatnya. Blair yang disokong kuat oleh APCO merupakan ahli aktif dalam pertubuhan pelobi Pro-Israel, iaitu Labour Friends of Israel dan menyokong kuat kerja-kerja zionis Israel yang menindas umat Islam Palestine atas dasar perluasan wilayah.

Tangan Blair masih berlumuran darah dan air mata rakyat tertindas masih belum kering. Inilah dosa Blair yang tidak boleh dimaafkan. Malaysia sebagai negara yang cintakan kedamaian dan menolak peperangan wajib menghalang Blair dari memasuki negara ini pada 24 April ini bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company.

PAS menuntut agar jemputan itu dibatalkan dan kita tidak memerlukan khidmat nasihat dari seorang pembohong dan pembunuh yang kini turut di tolak oleh Partinya sendiri (Parti Buruh) dan rakyat Brittain.

Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

2 comments on “PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak kaki di Malaysia

  1. “Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberikan amaran kepada Kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang-Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat.”

    ayat seorang yg acah2 berani. tak sakit pun telo kerajaan zalim bn tu kalau hampa takat acah2 demo sehari.
    demo sehari hampa tu takat boleh menguji berapa laju ketua pemuda hampa berlari 100 meter berhalangan.kalau berani buat stail baju MERAH la.
    sat lagi hampa senyap la….
    itulah pas yg aku kenali terlalu tidak statik di dalam berperinsip.
    dulu kutuk zaid ibrahim mcm2 hari ini presiden kita telah menjadi ULAMA pertama mensucikan zaid. tahniah bro…..tahniah semua bro2 ulama yg aku cintai.

  2. Pingback: Malaymail serius halang kehadiran Tony Blair 24 Apr ini, bagaimana media lain? « Herman Samsudeen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s