PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah Seks


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memandang serius peningkatan 50 peratus jenayah seks dinegara ini sejak 2005-2009. Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Parlimen menunjukan peningkatan ketara iaitu dari 2,427 kes pada 2005 kepada 4,238 kes pada 2009 melibatkan jenayah keganasan seks termasuk rogol, liwat dan sumbang mahram.

PAS melihat statistik jumlah tangkapan keseluruhan kes keganasan seks bagi tempoh 5 tahun, iaitu sebanyak 11,347 kes berbanding yang dilaporkan sebanyak, 17,283 kes lebih merisaukan kerana jumlah yang masih belum diselesaikan setiap tahun masih banyak iaitu sekitar 34 peratus.

Mangsa pula terdiri dari kanak-kanak sehinggalah kalangan mereka yang dikategorikan sebagai warga emas. Dalam sesetengah kes, mangsa bukan sahaja dirogol tetapi ada yang diragut, dicederakan dan dibunuh. Masyarakat pasti lebih risau membaca statistik ini kerana peningkatan kes adalah sebanyak 50 peratus sedangkan jumlah kes yang diselesaikan masih kekal ditakuk lama.

Dalam hal ini PAS melihat bahawa Kerajaan perlu mengakui bahawa sistem pencegahan selama ini mempunyai masalah. Walaupun banyak kempen dilakukan, namun itu semua dilihat seolah-olah tidak mendatangkan kesan. Pihak Kerajaan termasuk Kerajaan Negeri perlu mencari jalan bagi mengatasi masalah ini secara bersama.

PAS melihat terlalu banyaknya bahan hiburan dan bacaan lucah dalam pasaran menjadi antara punca. Selain itu, pengaruh arak dan dadah juga tidak boleh dinafikan. Peningkatn jumlah pelaku kalangan remaja dan anak muda juga memberikan jawapan pada kita bahawa teknologi semasa seperti MMS dan penyebaran klip-klip video serta CD dan DVD lucah dalam pasaran banyak mempengaruhi.

Oleh itu, jentera Kerajaan dari peringkat Kementerian hinggalah kepada Pihak Berkuasa Tempatan perlu tegas dalam memastikan rangkaian media lucah dapat dihapuskan termasuklah penjualan VCD dan DVD lucah dipasar-pasar malam.

Majalah dan tabloid yang lucah perlu disekat begitu juga dengan bahan-bahan separuh lucah yang menunjukan gambar-gambar artis tempatan dan antarabangsa yang berpakaian kurang sopan dan menjolok mata perlu dihapuskan. Siaran TV juga harus dipantau kerana terdapatnya begitu banyak rancangan dalam kategori 18 SX dipaparkan pada masa ini.

PAS tegas agar rancangan 18SX dan 18SG tidak lagi dibenarkan penayangannya dalam sebarang media dinegara ini. Ini semua adalah penting sebagai langkah pencegahan diperingkat awal disamping memberikan didikan dan pemahaman kepada rakyat tentang seriusnya peningkatan jenayah seks ini.

Disudut yang lain PAS tetap melihat Hudud sebagai undang-undang terbaik yang perlu dimasukan dalam enakmen syariah di semua negeri bagi memastikan wujudnya undang-undang yang lebih tegas sesuai dengan kehendak Allah swt yang telah memberikan cara terbaik bagi manusia mengatasi jenayah tegar sebegini. PAS berharap Kerajaan Persekutuan melihat keperluan undang-undang ini dan memberikan sokongan kepada negeri-negeri dinegara ini bagi menguatkuasakan undang-undang ini.

PAS juga berharap agar rakyat mengambil inisiatif dan meningkatkan sensitiviti serta keprihatinan terhadap masyarakat sekeliling mereka. Budaya mengambil tahu dan saling bantu membantu ke arah kebaikan amat digalakan dalam Islam dan amat sesuai dijadikan budaya dalam masyarakat hari ini.

Setiap organisasi awam, politik dan NGO juga bertanggungjawab dalam mengiatkan aktiviti yang boleh memberikan kesedaran kepada masyarakat terhadap bahaya peningkatan kes jenayah seks ini.

PAS menyeru kepada seluruh ahli dan penyokong untuk sama-sama memimpin masyarakat dalam memastikan kes-kes jenayah seks dapat dikurang. Modul-modul pengukuhan institusi keluarga dan masyarakat yang diperkenalkan dalam program SPIES ( Spritual, Emosi, Intelektual, ‘Physical’ dan Sosial ) anjuran Kerajaan Negeri Selangor wajar dijadikan model disemua negeri sebagai alternatif kepada pembinaan modal insan yang cemerlang disamping membina kekuatan diri melalui pendekatan keagamaan dan kemasyarakatan.

Diharapkan dengan pelbagai usaha yang dilakukan masyarakat dapat melibatkan diri secara aktif bagi membantu pihak berkuasa dalam mengurangkan masalah Jenayah. Muda-mudi amat digalakan menyertai aktiviti berpersatuan dan kemasyarakatan yang berfaedah bagi mengelakan diri mereka terlibat dalam apa-apa aktiviti jenayah termasuklah jenayah seks.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

3 comments on “PAS Pandang Serius Peningkatan 50 Peratus Jenayah Seks

  1. Sama-sama kita berkerjasama menanggani masalah ini, jika dikata media elektronik penyebabnya…apa orang islam buat untuk memberi internatif kepada umat islam satu saluran di TV atau ASTRO dapat mengisi 100% islamic…seperti tazkirah, bacaan al-Quran, bimbingan rohani 24 jam….sekarang yang ada ASTRO channel 106 sahaja. Baru-baru Ustaz Zulkarnain yang berkerja di ASTRO dalam ceramahnya di Surau saya menyatakan rating paling tinggi saluran yang paling diminati oleh rakyat Malaysia ialah saluran 106…terutama siaran sebelum maghrib…..Asma Husna dan tazkirah…kenapa begitu, ini kerana umat islam di Malaysia ini begitu dahaga rancangan begini ketenangan rohani dan jiwa mereka. Oleh sebab itu, selain kita banyak bercakap…kita juga perlu banyak bertindak dan bergerak…berkerjasama dgn badan organsasi islam yang bagi mewujudkan saluran pilihan yang terbaik untuk umat islam….kurangkan salah menyalah antara kita…

  2. saya sokong sepenuhnya jika hukuman Hudud diamalkan dalam undang2 malaysia… bukan semata-mata utk mempamerkan imej malaysia sebagai negara islam tapi dah memang tugas kita sebagai hamba Allah mestilah patuh pada perintahnya,,, rancangan kategori 18SX & 18SG pula sepatutnya WAJIB diharamkan sepenuhnya dalam malaysia kerana pengaruh negatif rancangan inilah yang membawa kehancuran yang sangat besar tanpa kita sedari,, tetapi kita sebagai rakyat hanya mampu bersuara sebaliknya pemimpinlah yang menentukan corak undang2 sesebuah negara…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s