APCO Punca Najib Enggan Halang Blair, Rakyat Akan Berhimpun


Parti- Islam Se-Malaysia (PAS) kesal kerana hingga ke hari ini Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak masih enggan memberikan respon terhadap desakan PAS dan pelbagai NGO yang membantah kehadiran mantan Perdana Menteri Britain, Tony Blair untuk datang ke Malaysia bagi memberikan ceramah dalam kongres perniagaan di Kuala Lumpur anjuran Success Resources Company pada 24 April ini.

Sebelum ini PAS sudah mendedahkan bahawa Blair merupakan ahli utama dalam kumpulan pelobi Israel dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pengarah Urusan APCO Worldwide di London iaitu Darren Murphy.

APCO yang merupakan syarikat perunding kerajaan Britain telah menghasut Kerajaan yang dipimpin Blair untuk menyerang Iraq pada 2003 bersama Amerika. Mereka telah menuduh Iraq sebagai negara yang menaja pengganas dan memiliki senjata pemusnah besar-besaran termasuk dari jenis nuklear dan senjata kimia.

Pembohongan itu terbongkar dalam satu laporan siasatan suruhanjaya bebas yang dipengerusikan oleh Willibrord Davids di di The Hague, Belanda awal tahun ini. Ribuan rakyat Iraq dibunuh dan jutaan lagi menjadi pelarian dinegara sendiri. Hingga ke hari ini Kerajaan Iraq masih dijaja oleh Amerika dan Britain.

Oleh itu kehadiran Blair ke Malaysia jelas sebagai satu penghinaan kepada kedaulatan dan keamanan sejagat. Tangan Blair masih berlumuran darah, tapi Najib masih bangga untuk menyambutnya hanya kerana APCO menjadi tulang belakang kepada gagasan 1 Malaysia hari ini.

PAS bertegas mahu agar Blair tidak dibenarkan masuk ke negara ini. Jika kerajaan berdegil, PAS menyeru seluruh warganegara Malaysia yang prihatin kepada nasib mangsa-mangsa perang di Iraq untuk turun berhimpun bagi menunjukan bantahan pada 24 April 2010 di Sunway Pyramid Convention Centre Persiaran Lagoon Bandar Sunway Petaling Jaya pada jam 8.30 pagi kerana Blair akan akan berucap ditempat berkenaan. Perhimpunan aman ini akan dipimpin oleh Dewan Pemuda PAS Pusat

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Advertisements

5 comments on “APCO Punca Najib Enggan Halang Blair, Rakyat Akan Berhimpun

  1. Adakan protes aman terhadap Tony Blair tu memang bagus. Tapi pada saya yang lebih penting ialah menyedarkan peranan APCO kepada orang-orang Melayu. Pas patut menganjurkan protes aman di masjid-masjid Hulu Selangor dan menyebarkan risalah-risalah yang berkenaan.
    Saya telah lama berurusan dengan masyarakat Hulu Selangor. Pegangan UMNO mereka amat tebal walaupun setiap tahun mereka akan bergasak bila masa merebut jawatan. Mereka juga amat tahu tentang skandal-skandal pemimpin mereka termasuklah boss YBK. Tetapi mereka tetap UMNO kerana matlamat mereka ialah nak balun duit. Dosa pahala tolak ke tepi.
    Mungkin PR lebih mudah untuk kuasai Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa kerana kebanyakan penduduknya orang luar.
    Dengan mengadakan protes aman di masjid-masjid (setidak-tidaknya melalui kertas-kertas kempen) PR boleh mengumpan pengundi-pengundi muda untuk bersama PR.
    Sekian. Assalamualaikum.

    RazifRadzi

  2. Betul tu ustaz, kita kn tnjk kat Blair gan umNO/APCO ni bhw rakyat Malaysia masih mempunyai maruah dan agama, bukan mcm najib/rosmah tu. Berdasarkan konsep “pekak dan buta” umNO/APCO maka saya rase sah najib/rosmah akan tetap benarkan Blair ni dtg ke KL nnti, mgkn dah siap bunga telur dan bunga rampai (karpet merah) utk sambut Blair nnti. umNO/APCO skrg makin kurang ajar, kita kuburkan dia di Malaysia dan bermula di Hulu Selangor, hendaknya. Takbir

  3. Saya hairan kenapa dalam isu APCO dan Tony Blair ini, DAP hanya senyap saja, tak bantahpun…..ini kerana Singapura rakan baik kepada Israil…malah dalam semua aspek ketenteraan Singapura ambil penasihat Israil….saya rasa DAP dalam diam suka dan ingin mengambil Israil sebagai penasihat, jika diberi kebebesan…ini kerana DAP ini pecahan daripada PAP Singapura. Perancangan halus telah dibuat di Pulau Pinang, dengan menyikir umat islam (melayu) dengan menghalang orang islam berniaga dan mencari rezeki di sana….Gerai di roboh kononnya tak dapat kelulusan Majlis Perbandaraan. Kesimpulanya jangan kita bergaduh sesama islam, kerana orang bukan islam bertepuk tanggan gembira, sedikit demi sedikit orang bukan islam memperolehi hak tanah dan kekayaan di Malaysia. DS Najib takut tak dapat kuasa buat baik dgn Orang Cina dgn segalanya diberikan tanah yang dituntut. Ini berlaku di Hulu Selangor dan di Perak. Akhirnya umat islam yang rugi kerana asyik bergaduh sesama sendiri….dengki sesama sendiri….dan menarik jatuh sesama sendiri….Jadikan sejarah sebagai tauladan…insaflah

  4. Atas nama Islam bukan kita tak boleh bersatu, tapi kita kena melihat nilai-nilai dari setiap orang Islam. Kalau bersatu tu perkara yang mudah kenapa sesama Islam dan juga umat Kristian pun boleh berperang. Ianya kerana pendirian dan ideologi. Umat Islam di Pakistan berbunuh antara Sunni dan Syiah, begitu juga di Iraq. saya bukan anti penyatuan dan bersatu. Selagi bernama manusia Allah jadikan bernafsu dan tidak akan pernah puas.Siapa yang dapat mengekang nafsu. Jika terlalu bernafsu hukum hakam ditolak sebelah. Buat lah segala undang-undang dan peraturan psti kesemuanya dilanggar. Amalan rasuah ditolak haram halalnya. Inilah nilai. Saya tak melihat nilai-nilai ini pada parti Melayu yang sekarang ni menguasai kerajaan. Sedangkan nila-nilai ini adalah nilai-nilai universal. Dan nilai ini ada pada parti yang bukan Melayu. Tak salah bersatu untuk nilai-nilai murni. Semuanya pasti mendapat keredhaan Allah pada akhirnya. Jika saudara Hamba Allah pernah mendengar ucapan Ketua Pemuda DAP di Ceramah di PRK Hulu Selangor yang baru lalu, beliau pernah membangkitkan isu lesen perjudian nombor ramalan oleh kerajaan sekarang kepada kesemua syarikat perjudian sperti Magnum, Toto dan yang lain-lainnya. Beliau mempersoalkan kenapa terlalu banyak lesen perjudian ini dikeluarkan pada 6 syarikat. Lepas tu dipersoalkan diluluskan juga hari-hari untuk Special Draw terutamanya pada hari Selasa. Ini kerana kerajaan nak mengutip cukai perjudian yang amat lumayan. Tahun 2009 sahaja kersjaan mengutip cukai perjudian sebanyak RM1.2 billion dan menambah hari berjudi akan membanyakkan lagi cukai. Tapi kita agak sukar untuk mendengar ahli Parlimen Melayu yang menjadi parti memerintah untuk berjuang soal lesen judi. Sedangkan ianya tuntutan agama untuk setiap orang Islam melarang hambanya berjudi dan menggalakkan perjudian dari berleluasa. Yang sedihnya bekas KPN juga adalah salah seorang ahli lembaga syarikat perjudian terbesar di negara ini.
    Bersatu atas nama Islam namun akan menyebabkan pertembungan nilai juga tidak akan membawa makna. Kita juga boleh bersetentang nilai namun tidak bermakna ianya merugikan umat selagi kita tidak mengambil jalan penyelesaian dengan keganasan. Untuk PAS teruskan bekerjasama dengan DAP dan PKR demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang.

  5. bersatulah 1 Islam,bersatulah 1 Melayu demi kebaikan kita semua.jangan jadi kancil yang asyik bergaduh sesama kancil tapi yang untungnya harimau dan singa yang sama-sama berpakat makan kancil.selamatkanlah Ya Allah negara hambamu ini.Hidup 1 Malaysia.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s